24 September 2010

-rock kapak yang kapak.

kali ini aku nak bercerita pasal 'rock kapak' dan influiennya terhadap aku.
walaupun era rock kapak aku masih lagi bersekolah dan umur pun baru sekitar 16 atau 17 sahaja tetapi aku dalam kategori hardcore lah juga.
duduk kat negeri perak zaman rock kapak memang best sangat kerana konsert ada di mana-mana terutame time funfair.

aku dulu memang minat sangat dengan SYJ pada awal kemunculannya dengan imej ala-ala kumpulan dari barat iaitu KISS.kumpulan ini memberikan aku idea untuk bercelak kalau ada konsert sampai habis celak mak aku kerjakan.
Febians pula aku syok dengan lagu slownya 'untuk mu sayang ' ,vocalisnya Nasha memang mendayu-dayu mendendangkan lagu ini.

tetapi antara kumpulan rock yang ada memang tak boleh lawan dengan BPR dari segi mutu lagu terutama dengan album-album yang hits.konsert dia yang aku tidak boleh lupa ialah di dewan perbandaran taiping pada tahun 1989.

tetapi masuk era 90an datang blackrose walaupun hanya muncul dengan satu album tetapi masih menyengat dengan lagu penantian,cinta abadi,mawar hitam.ini still peberet aku sehingga kini walaupun kumpulan ini tidak wujud lagi.

sofea pula adalah penjenamaan semula SYJ masa ini popular dengan lagu bunga padang pasir nyanyian basistnya iaitu man rani.aku pernah tengok konsert dia dan man rani mendendangkan lagu ini sambil bermain double bass yang bagak tu.
junction walaupun agak terbelakang dari semuanya tetapi aku minat rambut penyanyinya iaitu hatta dan aku pernah follow stail rambut tu walaupun kurang menjadi.
masa zaman rock kapak ni memang kasut high cut amat popular,kalau yang ada duit banyak akan beli brand nike dan yang kopak tu pakai aliph ( top giler tu brand ni ).seluar ketat jangan ceritalah...kalau nak pakai kena sarung plastik dulu baru boleh masuk.kepala tali pinggang wajib yang besar...lagi besar lagi bagus.
tetapi itu dululah....walaupun zaman rock kapak telah berlalu namun lagu-lagunya masih top sehingga sekarang.
tahun 1991 fesyen GQ melanda....ala pesen yang seluar warna ungu atau jingga tu pastu besar dari peha sampai ke kaki.aku tetap dengan pesen rock kapak walaupun geng-geng aku dah bertukar trend...........kapak tetap kapak.
moral of the story-
-lagu-lagu rock kapak memang best.
-jangan bawa kapak semasa konsert.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan