29 September 2010

- jari tangan kawan aku.

dulu masa aku bersekolah dalam darjah enam ada budak baru masuk.
anak seorang cikgu yang baru di pindahkan untuk mengajar di sekolah aku.
yang aku tidak boleh lupa jasa cikgu ini ialah dia yang bawa idea untuk pakai seluar panjang.( dulu pakai seluar pendek je...habis nampak semua kurap...saham jatuh ).
budak baru tu yang aku hairan sangat kenapa lah suka sangat selok poket.
time belajar selok poket.
time makan selok poket.
time sukan selok poket.
time berak........itu aku tak tahu sebab aku tak intai.

aku pun hairan...kawan-kawan aku pun hairan gak....
mahal sangat ke tangan kiri dia tu sampai orang lain tak dapat tengok.

hari berganti hari...minggu berganti minggu...bulan berganti bulan akhirnya terdedah kenapa dia suka menyelokan tangan kirinya itu kedalam poket.
nak tahu kenapa....
lihat gambar jari Hrithik Rhosan ini.....he..he..he...

walaupun cam tu...kami tidak pernah mempertikaikan kelebihannya itu...
mungkin pada mulanya dia malu kot....
tetapi kami tak kisah pun.
tetapi dia lah yang jadi member kamcing aku...jogging sama-sama....tengok wayang sama-sama...
suka sama-sama ( kita orang selalu keluar berempat...dia dengan sepupu perempuan dia..dan aku dengan kakak aku ).
walaupun pada masa sekolah menengah kami berlainan sekolah...kami tetap bersahabat baik kerana setiap cuti sekolah dia akan ajak aku tidur di rumah nya.
sehinggalah kami terpisah tanpa khabar berita pada tahun 1992. ( aku menghilangkan diri daripada semua kengkawan aku di atas sebab-sebab yang aku tidak dapat dedahkan kerana tertakluk pada akta 18 ).
akhirnya kerana kawan di FB...pasing no telefon aku padanya..bermulalah kembali persahabatan kami yang pernah terputus suatu masa dahulu.
moral of the story....ceh...tak habis-habis ngan moral.
- jangan melarikan diri.
- carilah kenkawan balik terutama kawan yang ada hutang...ha..ha..ha...
- aku peduli apa ngan FB ......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan