22 September 2010

-kawan oh kawan di mana engkau kawan.

alam siber telah menemukan kembali kawan-kawan yang pernah menjadi kawan aku ketika waktu sekolah dahulu.ada yang hampir 30 tahun tidak bertemu ( last jumpa 1984 ) dan ada yang terakhir aku jumpa tahun 1987,1989 dan 1991.FB telah menemukan aku kembali kepada kawan-kawan aku itu.
aku teringat lagi pada kawan-kawan aku yang pernah bersama-sama memboikot pelajaran muzik kerana kamai katakan haram ketika darjah enam.ketika pelajaran itu bermula sahaja kami akan keluar kelas.sekarang apa yang jadi pada kami semua itu?dua dari kami yang berempat itu belajar agama hingga timur tengah...lagi satu di um..aku?ha..ha...tersempit antara kehidupan dan kemajuan.


aku memang tidak pernah ada kawan seperti do re dan me yang bertemu dan mengharungi susah dan senang kerana ada setengah kawan aku yang bergelar pegawai kerajaan yang pernah agak rapat ketika dahulu endah -tak endah ketika aku telefonnya dahulu.mungkin taraf aku pekerja kilang tidak layan untuk berkawan kembali seperti dahulu.
aku juga tidak ada kawan yang betul-betul boleh melawak kalau bertemu seperti three stoggers,tetapi aku rindukan kawan-kawan lama yang pernah bergelak sakan ketika dahulu tetapi masa adakah ruang ketika ini.aku akui aku insan yang paling terbelakang antara mereka...masih merempat di rumah orang...tak mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah.Lihat sahaja profile semuanya menjadi warga kerajaan yang berkedudukan...aku? hanya seorang pekerja kilang yang bertungkus lumus siang dan malam mencari rezeki yang halal walaupun tidak mewah tetapi bersyukur.
aku bukan juga seperti ramlee,ajis dan sudin yang masih berkawan walaupun sebentar di kampong pinang sebatang dan merayau sehingga ke kampong dusun.malukah mereka berkawan dengan aku yang hanya bekerja kilang?
ha..ha..ha..ha...lantak lah korang...nak kawan..kawan tak nak sudah.kalau beras rumah aku habis pun bukan korang yang beli pun...tak luak pun kalau korang tak nak kawan dengan aku...ha..ha..ha..
moral of the story-
- frasa enggang dan pipit tak dapat terbang bersama masih lagi relevan sekaramng ni.
- kalau belajar tu rajin-rajin so boleh kerja yang hebat.
- jangan ego dengan apa yang ada.
- dan last sekali kepada aku sendiri...lain kali jangan berlagak masa dahulu kan sekarang dah susah.....ha..ha..ha..( aku dulu apa masalah >??) - lu pikirlah sendiri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan