22 September 2010

-raya 2010 kronologi

kerana kesibukan menyambut raya dan sibuk akan kedemaman anak dan seisi keluarga,baru sekarang aku dapat uplode gambar raya.

Story of the 2010 raya -
pepagi lagi satu family dah bangun,orang umah aku no 1,arrange untuk mandi sunat aidilfitri dulu dan di susuli dengan mengenakan pakaian serba baru untuk ke surau.
tetapi sebelum itu pekena dahulu secawan teh.
pergh....sesak lah pulak surau kali ini ( kerana pertumbuhan warga Bangla ) dan orang kampung yang pulang di peratauan.
lepas sembahyang....bersalam dahulu dengan warga tua terus cabut balik rumah.
anak dara aku dah siap...so sibuk suruh tangkap gambar dia dahulu.dia ni bab tangkap gambar no 1.
yang lelaki ini payah sikit....suruh berposing susah nak control.

yang ini patah lagi...memang lagi payah.
namun atas sedikit kekerasan seisi bergambar berjalan agar lancar walaupun kekadang suara aku terpaksa di increasekan volumenya.
dik ! kenapa bedak bertempek sangat?
emm...tolong tutup mulut tu sikit....tak manis menunjukan gigi yang besar tu ye....
aku pun nak tumpang semangkuk dua walaupun dah sedikit tua nampak di gambar.
eh....kenapa baju nak sama dengan langsir tu ?
ini aku dan isteri yang tersayang ( purple vs coklat gold ).
kenapa warna lain?....ish...ish..panjang ceritanya.walaupun dipendekan tetap panjang juga so....tak payahlah membazir waktu untuk diceritakan.
wei...!! kenapa pakai seluar jeans?...he..he..aku memang dari dulu geli nak pakai seluar baju melayu yang nipis tu....
ini gambar aku satu family yang lengkap tanpa ada satu pun yang tertinggal atau di tinggalkan.
ini wajah anak aku yang bongsu.....
seisi salam dan bermaafan antara family aku terpaksa di sensor kerana ada adegan yang menyayat hati ( ha..ha..ha..ha..).
Selepas seisi di rumah aku selesai ( makan,bergambar dan bermaafan ) kami mula bergerak menuju kerumah orang tua aku yang berpelaung-laung jauhnya.
ini kedua orang tua aku yang sedang menatikan anak dan menantu serta cucu untuk bermaafan dan......ehem..ehemm.

Biasanya seisi ini akan di mulakan oleh family abang aku dahulu namun atas sebab - sebab tidak dapat di elakan ( abang aku dah salam..lepas itu bergegas pulang untuk ke rumah mertua ) so pangkat pertama jatuh kat aku.( kakak aku juga tiada kerana berhari-raya di kuala kangsar ).
giliran isteri aku pula.
dan anak-anak aku....
family adik-adik aku yang lain tak aku attachkan kerana tidak berapa relevan dengan story aku ini.
ini family aku dan kedua orang tua aku.( masa ini anak bongsu aku sedang lena di dalam buaian ).
antara family-family adik beradik aku yang ada.tahun ini agak sunyi kerana kebanyakan tahun ini banyak adik beradik aku yang berhari raya dengan family mertua.tahun depan insyaallah giliran aku pula berhari raya dengan mertua.
Selepas berkunjung-kunjungan ( rumah nenek dan pak cik serta makcik aku yang lain ) dan lepak sehingga malam di rumah emak...kami sekeluarga pun berangkat pulang.
raya d hari kedua kurang ceria kerana pulang sahaja dari rumah emak ...anak aku yang bongsu demam.badannya agak panas dan malam tidurnya merengek-rengek.
Pagi-pagi lagi aku sentuh dahi anak aku yang bongsu itu dan masih panas lagi.
selepas siap semua berpakaian serba baru yang ke dua kami ke klinik dahulu.
dapatlah ubat untuk anak aku yang bongsu itu dan kami singgah untuk berhari raya di rumah pakcik aku.di sini anak aku semakin merengek dan menangis...so hanya sebentar sahaja di rumah pak cik aku itu sebelum bergegas pulang.
sebelum sampai rumah aku..kami singgah sebentar di rumah sahabat kami suami isteri yang baik hati kerana ingin melihat anak barunya sambil memberi sedikit buah tangan.
Raya ke dua habis begitu sahaja dan hanya 2 buah rumah sahaja yang dapat kami kunjungi kerana anak aku yang demam itu.malamnya anak aku masih lagi merengek dan terganggu tidurnya.kami bergilir-gilir menjaga anak kami itu.
sebelum itu jam 11.00pm pergi ke 7 eleven kerana mendapatkan cool fever untuk di tampal di dahi anak kami itu.( pada masa ini juga anak aku yang lagi satu lagi juga mulai demam ).
pagi raya ketiga kami tidak dapat kemana-mana kerana jumlah yang demam menjadi dua.
namun mood raya masih ada...walaupun duduk dirumah..pakaian tetap baru.
anak-anak aku yang demam agak berkurangan panasnya setelah matahari mula meninggi dan kami mengambil keputusan untuk berhari raya ke rumah abang sulong serta saudara aku yang lain.
Jam 7.00pm kami sudah bersiap-siap untuk menuju ke rumah emak kerana ada sedikit majlis,tetapi pada masa ini kedua anak aku itu semakin tinggi suhunya.badan berbintik-bintik menjadi kebiruan.aku mula tidak keruan.
selepas menghantar anak aku yang sulong dan ke dua ke rumah emak,aku bergegas ke hospital besar untuk membawa anak-anak aku itu.
sampai di hospital kedua-duanya di ambil darah untuk pemeriksaan.alhamdullilah keputusannya bersih tiada apa virus atau penyakit yang datang. ( bekalan ubat demam dan selsema di berikan ).
sampai rumah emak aku jam menunjukan jam 11.30pm,tetamu masih ada lagi berkumpul.bbq masih lagi berjalan..so kerana aku pantang nampak ayam bakar ....apa lagi...yum...yum..yum...( berapa aku sumbat dalam mulut..itu rahsia ).
Pulang dari rumah emak hampir jam satu....
tidur anakku masih lagi terganggu...kami bergilir lagi menjaga.
pagi isninnya aku emergency leave kerana anak ku masih demam dan aku tak cukup tidur.
klinik sudah...hospital sudah...darah okay...ubat sudah makan tetapi kenapa anak aku masih merengek dan demam lagi?
ini tidak boleh jadi...aku harus mencuba secara alternative...penawar secara islam harus aku ambil.
Alhamdullilah...anak-anak aku mulai sembuh dan tidur malam tidak lagi meracau dan terganggu tetapi isteri aku pula demam pada hari selasanya.Aku juga mulai panas namun hari itu aku mula bekerja walaupun jumlah bersin ku melebihi jumlah output production kilang aku.
Raya kelima (rabu) habis begitu sahaja...tiada satu pun rumah yang dapat kami kunjungi kerana isteriku yang demam itu...hanya melayan tetamu yang hadir sahaja.
Raya keenam ( khamis ) aku gagahi juga ke tempat kerja walaupun kesihatan ku semakin tidak stabil.Ini tidak boleh jadi...jam 9.00am aku ke klinik panel dan di berikan mc untuk hari ini.
Pulang sahaja....aku dan isteriku membaham ubat yang di berikan dan terlena akibat ubat selselma dan batuk yang mengantukkan itu.
Begitulah seterusnya raya aku itu masih lagi berlegar di rumah sahaja kerana selepas aku dan isteri ku sembuh ...anak aku yang sulung itu pula demam.
moral of the story -
- raya tahun ini raya demam bagi family aku.
- mood raya kurang menarik kerana demam.
so...jagalah kesihatan di hari raya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan