14 Julai 2011

-peraduan livita

memula dapatkan setin atau sebotol livita...tidak kira apa pun perasa...janji livita.
kemudian ambil penutup botol.......

ataupun penyentap tin ( penyentap?? ).

kemudian pergi pasaraya dan ambil borang yang selalu tergantung kat kaunter tu.....

kat dalam borang tu ada gambar...perlu cari je perbezaan ye....jangan cari lain pulak.

kalau dah jumpa jangan lupa sign perkatan livita sekreatif anda.....

kemudian mulalah berangan dengan hadiah impian anda.....

impian aku? aku nak dapatkan apple i-pad tu....he..he..he..kalu dapat...jimat duit aku.





minum sudah...tutup/penyentap sudah...borang sudah....isi sudah...stem dah beli?

kalau semua sudah pastikan hantar segera.


tetapi kalau yang belum tu...sorry ye...tarikh tutup sudah berlalu.




morals of the story -



- nak menang hadiah kena masuk peraduan.

- kalau tak nak hadiah jangan masuk peraduan...pergi kedai beli je....

- berangan dengan usaha boleh dapat.jangan berangan tetapi tiada usaha itu haprak namanya.

- selamat mencuba.


- 18-06-2011

sepatutnya entry ini aku keluarkan pada tarikh 18-06-2011 sempena hari jadi aku...tetapi apa nak buat internet 2 bulan tak bayar lagipun aku kurang masa untuk melayan / menghadap lap top.





Pada 18.06.1972 di sebuah perkampungan Seting Garden di kampung medan di daerah petaling tepat jam 12.00 tengah hari lahirlah seorang bayi lelaki....iaitu aku.


Pejam celik...pejam celik begitu pantas masa berlalu telah genap 39 tahun umur aku....lagi setahun boleh masuk kelab 40an.


orang cakap kalau budak lahir tengah hari mesti degil.....ish..ish...degil tak aku? ha ha ha ha.



sambutan hari jadi aku adalah sambutan keluarga sahaja.....kami anak beranak sahaja.



adalah sedikit kek strawberry.....



orang rumah tersayang masakkan nasi minyak.....



nasi gorang pun ada.....ini permintaan anak-anak yang nak makan nasi goreng.



ini peberet aku....emping.



kalau menghadap emping satu pinggan habis pun aku tak sedar.




ada gak salad tembikai......amacam?ada keluar air liur?



itu baru sedikit....belum ni lagi....lagi satu peberet aku...daging masak beefstick....perg ! kalau dapat...meleleh air liur...tis..tis..tis...menitik.



ayam goreng pun ada......



ini hadiah dari anak-anak......



bantal upin-ipin tu bukan hadiah ye...cuma back ground je...itu bantal anak aku.






Terima kasih aku ucapkan kepada isteri tersayang dan anak-anak kerana mengingati dan mengadakan sambutan hari jadi tuk aku...he..he..he..terharunya.....


















morals of the story-









- dah nak masuk 40an...dah boleh taubat dah ( kalau sedarlah...he..he..g ).



- ish...ish...dah tua aku rupanya.



- nak kek ke? beli sendiri.





















07 Julai 2011

- potong...potong...potong....

hari khamis yang indah pada cuti sekolah yang lalu aku ke klinik an-nur,
untuk apa ke sana?
he he he he nak potong...potong...potong....ish ! bukan aku punya lah...tetapi anak aku punya.

muka still maintain tersengih....tak tahu rasa takut langsung.

ini adalah kelengkapan untuk memotong.............

muka masih tersengih cam kerang baru nak busuk.....

masih lagi tersengih walaupun doktor sedang membius anunya........power gak budak ni...kena cucuk bius pun leh tersengih je...


lepas kena bius......masih tersengih menanti doktor untuk potong.....

alat ini di panggil smart clamp....orang cakap cara ini tak berapa bagus.....tak tahulah..kalau tak bagus mesti orang tak buat cara ni....

tetapi mungkin juga sebab aku tengok kat kotak...dah bertahun-tahun lamanya masih tak habis-hbis lagi......

muka selepas sunat......macam tersengik atau tak muka ni????


kalau aku cerita jangan gelak -


apa punya doktor tu...lepas dia potong anu anak aku dia pergi tunjuk kat aku....aku apa lagi....nak pitam....dah lah aku takut darah. ( masa kena potong muka aku tengok lain........)






moral of the story-


- ceh...badan je besar tapi takut darah.

- takut darah belahlah...( ngada-ngada kata orang umah aku ).





-Top Glove futsal

Sorry dah hampir 2 bulan tak updated blog ini.....bukan sibuk...bukan merajuk ...tetapi dah 2 bulan tak bayar bil....ha..ha..ha..ha....

Ini entry lama tetapi baru sekarang dapat aku upload.

21-05-2011 tarikh yang amat di nantikan semua warga pekerja tempat aku bekerja.
Futsal...tournement yang selalu di nantikan dan mendapat sambutan yang amat menggalakan.
Bertempat di roof futsal kejohanan berlangsung.
Di bawah adalah hadiah yang menjadi rebutan dan juga ada wang tunai.....

ini team aku...namanya DARK RAVEN.....tahun ini team aku mendapat dua ahli baru kerana 2 ahli lama cedera ( satu cedera kaki dan satu lagi tangan ).

aku...yang sebelah itu aril,man,ejal,anih dan sharul.....tidak kelihatan adalah seorang ahli baru ( masih malau-malu ).

ini adalah team aku.....pakai jeans main futsal? baca entry sebelum ini....aku tidak dapat bermain kerana cedera lutut otot telah terkoyak semasa friedly tempoh hari.

ini jersey bungkus nangka ( bebudak ni sengaja nak mengenakan aku dengan beli baju yang sendad untuk aku )

aku hanya menjadi penonton sahaja...hajat di hati hendak bermain..tetapi apakan daya......


Perlawanan berlangsung dengan sengit dan akhirnya team aku mendapat tempat ke tiga.....bolehlah...ada improvedment jika di bandingkan tahun lepas.

gaya resmi DARK RAVEN.


yang lain berpeluh tetapi aku tak...he..he..he...

yang tunjuk tanda bagus adalah ahli lama team aku yang cedera di kaki...dia dah gantung boot dan sekarang sibuk berbasikal.

tahun ini juga tahunterakhir aku terlibat kerana kecederaan kaki aku memaksa aku menggantungkan boot untuk selama-lamanya.

aku berharap team yang aku tubuhkan ini walaupun tanpa aku lagi terus maju di masa hadapan.

GO DARK RAVEN.






morals of the story-


- kena cari hobi/sukan lain.

- dah tua kaki memang dah tak kuat lagi.

- tak berpeluh pun boleh dapat hadiah juga...ha..ha..ha..