29 Mei 2010

-mari belajar memandu

pastikan menggunakan gear yang betul....

pandangan harus tepat di hadapan...
pastikan mata dalam keadaan yang baik...
jika rabun gunakan spek mata..

ketika korner pastikan kepala kita juga ikut menyenget..
belok ke kanan..kepala pun ke kanan juga...
begitu juga sebaliknya...

semasa memandu harus lah berhati-hati dan mengikut undang-undang yang telah di tetapkan.
kenapa saya tak pakai tali pinggang keledar?


teruskan pemanduan berkhemah....



-wwe over the limits

wwe pay per view yang terbaru....
mantap kali ni compare ngan extreme rules yang langsung tak extreme.
banyak game-game yang menterujakan aku..
so kat bawah ni sebahagian game yang aku paling syok sekali....

yang atas tu cover dia je.....
kat bawah ni antara game yang paling best.
antara John Cena lawan Batista dalam i quit match.
game ni lawan sampai salah seorang menyebut i quit.....
dan pemenangnya?....
mestilah John Cena....ha..ha...padan muka Batista.

yang aku tunggu-tunggu akhirnya tiba juga.
syok gak aku tengok kepala CM Punk kena gondol ngan Rey bila dia tewas dalam game ni.ReY akhirnya dapat membalas dendam kali ini walaupun kali ini mendapat bantuan dari Kane.tetapi misteri man yang selalu menolong CM Punk masih lagi misteri.

pas tu layan plak Edge melawan Orton.
game ni seri sebab double count out...
tetapi Orton keluar dengan kecederaan di tangan.
Big Show gagal lagi untuk merampas tali pinggang kejuaraan yang di pegang oleh Swagger.
kuat juga mamat ni walaupun badan tak sebesar mana.

pas tu adalah game-game yang lain yang bagi aku biasa-biasa je...
kat ni pun ada game Diva tapi aku forwadkan sebab aku tak nak tengok...aurat...
kalau nak tahu lebih lanjut layarilah wwwe.com/over the limits.
tak de pun dapatkan lah vcd yang berada di pasaran yang original mahupun yang pirete nye...




26 Mei 2010

-ubi goreng dan sambal 'totok'

korang kalau dapat makanan ni...nikmat tak terhingga...
ubi yang di goreng kekuningan dan dicicah dengan sambal 'totok' pergh...tak terhingga sehingga menjilat jari semua yang ada.
korang pernah makan?korang tahu sambal 'totok' itu apa?
sambal 'totok' adalah sinonim dengan masyarakat jawa dan menjadi makanan tradisi.
apa itu sambal 'totok'?
sambal 'totok'ramuannya sama dengan sambal belacan tetapi sedikit berbeza dalam penyediaanya...apa perbezaannya?
korang carilah sendiri dalam wiki...itu pun kalau ada.....

-Mastika Jun 2010

MASTIKA bulan Jun sudah ada di pasaran.aku dengan rela hati selalu mempromosi majalah ini walaupun sesen royalti pun aku tak dapat dan majalah ini tidak ada kena mengena dengan aku cuma aku teramat minat ngan majalah ini.

banyak artikel yang menarik pada bulan ini tapi aku tak dapatlah nak preview semua.kalau nak tahu lebih lanjut dapatkan lah majalah ini di pasaran.semoga pengedarannya akan bertambah.jangan asyik nak berkongsi aje..sesekali belilah...tak rugi pun kerana manfaatnya amat besar.
kes buang bayi semakin menjadi-jadi sekarang ni..
kisah di atas adalah dilema seorang anak yang terbuang yang hilang identiti dan tercari-cari siapa sebenarnya dirinya.sebak gak aku baca artikel ini.

aku bengang betul....
betul-betul aku terkena dengan artikel di atas...mengenai Taming Sari..ceh..akhirnya aku terpedaya.kenapa?korang bacalah sendiri.

korang tahu negara Bhutan kat mana?sebelah Tanjung Rambutan?Pakistan?....
tengok 'map' dan carilah sendiri.negara ini jarang expose pada negara luar.tetapi selepas membaca artikel ini aku ingin menjadi penduduk negara tersebut walaupun masih dalam kemunduran.nak tahu kenapa>?baca sendiri nanti korang tahu jawapannya.

anda peminat PUNK?muziknya?kehidupan liarnya?....
bacalah tentang pemain bass kumpulan SEX PISTOL ini....
so...untuk lebih 'clear' lagi...
pergilah segera ke kedai mamak yang berhampiran dan dapatkan segera majalah ini...
MASTIKA tetap no 1 di hati ku.....




23 Mei 2010

-macam mana dia buat?

berehat sebentar dengan klip ini..

sambil tu...korang fikirlah cam mana dia buat....aku dah malas nak fikir...

-mari boikot LEGO

memang tiada sensiviti langsung...
oleh itu mulai hari ini...
mari kita beramai-ramai boikot mainan lego...
jangan beli lagi mainan ini...
tak rugi pun kalau kita tak beli...
banyak lagi mainan yang berfaedah yang boleh kita beli....

korang tengoklah sendiri apa yang di tulis di kotak itu...
memang kurang ajar sekali.....

-anak aku dan gula-gula

dia tengok abangnya makan gula-gula dia pun sibuk nak juga..
aku apa lagi bagilah dia try...
punyalah sedap dia hisap....


pas tu aku pun tak tahan tengok...aku amik kat tangannya ( takut jadi apa-apa )...
apa lagi meraung-raung menangis...

-anak bongsu aku.( setakat ini lah....)

gambar ni aku tangkap pada usianya genap enam bulan pada 07.05.2010 yang lalu.aku panggil anak aku Ayeen.kata emak aku..muka dia ni sebiji time aku sama baya dengannya.sebab tu emak aku dan bapak aku sayang sangat ngan anak aku yang ini.sebabnya..aku dulu adalah anak kesayangan orang tua aku( masa aku keciklah...).

sebab anak aku yang seorang inilah kekerapan aku balik umah emak aku bertambah.dalam seminggu sampai enam kali..kekadang tujuh kali.
anak aku ni kalau sampai nampak je kelibat emak aku...mesti di hulurkan tangan..minta di dokong lah tu....




21 Mei 2010

-gandingan yang ideal

kali ini aku nak bercerita pasal makanan...
aku bab makan memang suka sekali...
sebab tu badan aku berisi sikit...
aku sebabtu suka rancangan yang melibatkan makanan....



mula-mula kita dapatkan dahulu pucuk ubi masak lemak...bukan lemak cili api ye....
kawannye kita dapatkan pulak sambal ikan bilis dan taruklah sedikit petai untuk menambah rasa.
kalau nak ideal lagi dapatkan lah pulak telor masin.

pergh...kalau dapat gandingan ini...
pastikan periuk anda penuh dengan nasi sebabnya jika sepinggan nasi pasti tak cukup....
amacam meleleh tak tengok menu hari ni?



-wwe extreme rules

sebenarnya dvd ni dah keluar awal...tapi aku tak sempat nak ulas lagi.kan aku dah kata minggu ni aku agak sibuk lagipun line tak clear.
EXTREME RULES ni sebenarnya berlangsung pada April 25 yang lalu.
antara perlawanan yang hot kat sini adalah....

ini cover dvd nye....


merebuta kejuaraan di antara penggusti yang menang ketika 'money in the bank' match kat Wreslermania yang lalu iaitu Jack Swagger menentang Randy Orton dalam Extreme Rules Match.namanya nampak ganas tapi fightnye agak membosankan.tak ada berdarah langsung......
Jack Swagger yang menang....
kuat juga budak ni walaupun antara penggusti yang baru kat WWE ni.

Dendam John Cena terhadap Batista tercapai kat Extreme Rules ini apabila beliau memenangi Last Man Standing Match.


HHH gagal dalam misinya untuk membalas dendam terhadap Sheamus apabila beliau tewas dalam game Street Fight .kekalahan ini mungkin disebabkan oleh kecederaan yang di alami oleh HHH apabila beliau di serang hendam menggunakan baton steel oleh Sheamus.

Rey Mysterio gagal untuk mengalahkan CM Punk bila ada penyerang hendap dari bawah gelanggang yang telah membanty CM Punk ( kiranya misteri man lah tu..).sepatutnya rambut CM Punk akan di gondolkan jika beliau tewas.



pastu adalah game-game lain cam Edge vs Jericho dalam kandang besi dan lain-lain lagilah.
kalau nak tahu lebih lanjut belilah dvd ni yang kini berada di pasaran.
bulan ni WWE akan keluar pay per view nye yang terbaru iaitu WWE OVER THE LIMITS yang akan berlangsung pada 23 May ini.tunggu......



19 Mei 2010

-judi halal

berita baik buat semua kaki judi....
selepas ini judi bola sepak akan ada di malaysia..
sila simpan duit anda secukupnya...
piala dunia tinggal hanya beberapa hari lagi...
inilah negara yang mendakwa negara islam tapi judi di halalkan...
malaysia boleh...malaysia boleh...malaysia boleh berjudi...
judi haram salah di sisi undang-undang...tapi judi haram di sisi agama...
tapi mereka lagi takut dengan salah di sisi undang-undang....
cukai judi masyukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk....

sepatutnya dah declare negara islam..
hapuskanlah semua judi yang ada...
bukan di tambah lagi...
judi itu untuk siapa?
semua agama melarang judi.....wei judi tu untuk siapa?

-minggu sukan

Dah lama aku tak update aku punya blog ni.
maklumlah minggu ni memang busy lagipun line internet aku minggu ni memang amat mengecewakan sekali.

kali ini aku nak bercerita pasal sukan di Malaysia yang berlangsung dan melibatkan pasukan dari negara kita.

kejohanan hoki sultan Azlan Shah yang berlangsung di Ipoh menampak perkembangan yang baik untuk sukan hoki amnya.walaupun hanya menduduki tempat ke empat namun itu pencapaian yang memberangsangkan bagi aku.
inilah masanya untuk mengembalikan zaman kegemilangan hoki negara kita yang semakin tercicir dan tak layak lagi untuk olimpik.
teruskan usaha agar kita segera bangkit kerana kita pernah mengecapi zaman gemilang dan pernah layak ke separuh akhir piala dunia dan beberapa kali ke olimpik.




memang mengecewakan sekali kejohanan kali ini.dah lah tewas dengan Jepun ...semi final kena belasah dengan China walaupun bermain di tempat sendiri.kesian dengan penyokong yang hadir dan bersorak tapi hasilnya?semua tewas dengan mudah,...kenapa?mental?skil?atau pemain dari tembok besar itu terlalu unggul?
untuk dua tahun lagi pun aku tak nampak apa yang bagus kerana pada masa ini tiada pemain muda yang dapat menggantikan pemain kita yang semakin meningkat umur.
apa perancangan BAM masa depan?tunggu dan lihat?
piala uber memang tiada trend yang baik...mungkin akan ada kebangkita di masa hadapan.

F1 yang berlangsung masih lagi menampakan keunggulan pasukan Red-Bull dan disaingi Ferari dan Mc Laren.pasukan pertengahan seperti Petronas Mercedes GP,Sauber,Renault,Force India masih bersaing sesama sendiri.
aku masih tak nampak lagi pasukan F1 lotus dapat menyelit di antara pasukan tersebut.adakan pasukan ini di tubuhkan beratus-ratus juta hanya untuk bersaing di tempat belakang?jika itu matlamatnya memang amat membazirkan sekali.
ayuh...team Lotus buktikan bahawa itu semua hanya sementara.....buktikan pelaburan ini tidak sia-sia belaka.tunjukan Malaysia boleh walaupun pemandunya bukan rakyat kita.

06 Mei 2010

-melayu murtad

perg...cukup bangga mamat ni menayangkan loket nye itu...tanpa segan dan malu.gejala murtad ini bukan baru di malaysia,tapi sudah menjadi barah yang semakin teruk kalau tak di benteras.
ape yang kerajaan buat untuk ini?

agak-agak lah ape motif sebenar mamat ni?
nak masuk neraka?

-mereka semakin melampau

imej islam semakin di permainkan.khalimah-khalimah Allah menjadi sendaan oleh mereka2 yang tidak sensitif .ape yang negara islam boleh buat untuk mengekang semua ini dari berulang?

sebenarnya orang2 islam harus juga menunjukan sikap dan tauladan yang tinggi agar tidak di pandang negetif oleh yang lain.

04 Mei 2010

-besar punya.....

terkejuk gak bila aku dengar sebuah negara islam ada patung berhala paling besar...
apa nak jadi ngan negara islam ni..
dengan duit tu kat boleh buat masjid...
mungkin buat masjid tak glamour kot...sebab tu buat patung berhala.....








biasalah..dunia akhir zaman.....
ALLAH HU AKHBAR....
semoga di buka kan pintu mereka....


-brengsek lu....

ape nak jadi ngan penyanyi sorang ni....
siap bagi 'can' lagi untuk tangkap gambar celah k******.
minta-minta tak lah terjadi kat malaysia ni....




memang syok habis yang nonton tu......


01 Mei 2010

-gusti mania

antara koleksi vcd gusti aku yang ada.
banyak duit beli ori...kurang duit pirate nye aku sambar....


antara vcd gusti yang terawal aku beli..dulu tak beli sebab ada kedai sewa tape gusti.tetapi selepas kedai tu tutup terpaksa kena beli.



dvd gusti terbaru yang aku beli....
nak pinjam?sorry ...bukan aku kedekut tapi takut sebab dah banyak koleksi aku yang dah tak wujud lagi sebab ada orang yang tahu pinjam tapi tak tahu nak pulangkan...

aku memang fanatik sikit ngan gusti.aku tak pasti sejak bila aku suka tengok gusti.tapi yang aku tahu sejak zaman 'on the mat','wrestling from usa'..masa tu hitam putih lagi ( sebab tahun tu bapak aku belum beli tv warna lagi ).akhir 70an kalau tak silap aku..pada masa tu seingat aku ahli gusti yang terkenal macam Mil Malcaras,Argentina Apollo,Mark Lewin,Wahoo McDaniel dan lain2 lagi yang aku tak ingat lagi.masa tu pusat gusti yg terkenal AWA.tapi sekarang orang suka tengok WWE ( dulu WWF ).
berbanding dengan WWE sebenarnya aku lagi suka WCW...tapi sejak WWE beli WCW aku terpaksa juga tengok WWE.sebenarnya banyak sangat cerita dari gaduh kat WWE tu...
kat WCW masa tu popular ngan Sting,Four Horseman ( Arn and Ole Anderson,Rick Flair,Tully Blancard),Steiner Brothers ( Scott and Rick ) dan lain-lain lagi.aku rasa WWE popular pun selepas Wrestlermania yang pertama.

nantilah kalau ada masa aku cerita pasal gusti...tak de pun nanti aku create satu blog gusti.