01 September 2010

-kereta mainan.








Aku kalau tengok model kereta 'hot wheel' anak aku ni...mest aku teringatkan hobby aku suatu waktu dahulu.
Dahulu aku memang suka kumpul koleksi kereta,motor,model kapal terbang dan kenderaan yang lain.Hobby ni memang aku start dari kecik lagi tetapi waktu tu koleksi terhadlah sebab budget tak ada.
Aku beli tetapi tak pernah buat main sebab tu koleksi aku tu sedikit calar pun tak ada.
Bila dah kerja dan duit pun ada aku start beli yang agak mahal sedikit dan kiranya setiap bulan aku akan peruntukkan sedikit dari duit gaji untuk menambahkan koleksi aku ini.
Hobby aku ini terhenti bila aku kahwin tetapi koleksi aku masih tersergam indah dalam almari kaca kat rumah emak aku sehinggalah tragedi rumah emak aku terbakar berlaku.Habis semua koleksi aku tu terbakar....aku dah buat culculate dan sungguh mengejutkan kerana jumlahnya mencapai ribuan ringgit.
Aku berharap juga agar anak-anak aku ini mngikut jejak aku..namun tidak juga kerana biasanya mainan yang aku belikan untuknya jarang yang umur panjang....paling lama pun sebulan itupun dalam keadaan yang sungguh menyedihkan.....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan