24 September 2010

-jangan curi basikal roda 3 itu.

korang kalau tengok basikal roda 3 ini ada apa? kenangan ? memori ?

bagi aku ada cerita yang tak sepatutnya terjadi mengenai basikal roda 3 ini.

hujung tahun 80an adalah zaman kegemilangan FUNFAIR...
memang famous giler lah funfair masa tu...
kalau ada funfair mesti ada konsert rock....paling top masa tu MAY,SYJ,WINGS,ARIWATAN dan lain-lain lagi.
so...apa kena mengena funfair dan basikal roda 3?
ketika itu aku tinggal di sebuah pekan kecil padang rengas...lebih kurang 13 km dari bandar kuala kangsar.masa tu kuala kangsar amat top menjadi lokasi funfair atau lebih tepat lagi lokasi funfair tu adalah di stesen keretapi kuala kangsar.
biasanya funfair akan habis konsert nya pada sekitar jam 11.30 malam atau lewat sedikit dan bagi aku yang tinggal jauh sedikit perkhimatan keretapi adalah yang utama kerana waktu itu perkhimatan bas red n yellow telah habis waktu.
tetapi entah apa nasib aku masa tu....tengah layan syok konsert..terdengar bunyi siren keretapi..di hati ini terdetik...adakah itu keretapi kami?
habis konsert..terus berlari ke stesen keretapi...tetapi malangnya stesen master memberitahu bahawa keretapi telah berlalu.macam mana nak balik ni? kalau berjalan memang tak mampu..pasti keluar peluh jantan..betina dan pondan.
so aku ngan 2 orang kawan aku lagi ( nama di rahsiakan kerana mereka berdua ini memegang profesen yang yang memerlukan keperibadian tinggi ) slowlylah berjalan.
sampai hadapan hospital kuala kangsar kami terpandang sebiji basikal roda 3.apa yang kami buat? apa lagi kami rembat basikal itu dan bergilir-gilir menganyuhnya sehingga sampai kerumah masing-masing.malang bagi aku kerana antara kami bertiga..aku yang terhujung sekali rumahnya dan terpaksa menganyuh hampir 2 km berseorangan pada jam 2.00 pagi.
akhirnya basikal itu aku campakan ke dalam parit di hadapan perumahan rumah aku....
ha..ha..ha..jahatnya aku ketika itu...kesian tuan punya basikal itu..mungkin sedang mencari-cari untuk di bawa mencari rezeki.maafkan aku si punya basikal roda 3.


moral of the story-
-jangan suka mencuri....tidak kira basikal roda 3 ke 4 ke 5.
-jangan suka tengok konsert malam-malam.
-pastikan tengok jam selalu bila di funfair.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan