28 April 2011

- eh ! dia ada 4 jari kaki je.....

ini kaki aku....apa ada dengan kaki ini yang kurang menarik ni?
ada ceritanya.....pendek je ceritanya...
peristiwa berlaku lebih kurang 14 tahun yang lalu......begini ceritanya.



Hari ini hari yang amat penting bagi aku.....
kali pertama aku berkunjung ke rumah mak we aku ( la ni isteri aku ).
degap...degup jantung berbunyi....yang ada bapaknya pulak tu yang menyambut.

aku jenis yang pemalu.....jadi aku melangut-langut seorang diri....
bapaknya pula muka agak serius....aku terdiam......


Peristiwa itu berlaku begitu sahaja....


selang beberapa hari aku jumpa ngan mak we aku...
dia berkata....

" BAPAK CAKAP ABANG BAIK...TETAPI KESIAN YE...JARI KAKI CUMA ADA EMPAT"

apa????????????????????????????????????? jari kaki aku ada empat? biar betul...
lihat betul-betul kaki aku ni...betul ke ada empat je.....

ini kaki kiri aku.....eh ! betul lah.


ini kaki kanan aku....betul juga lah......



ha..ha..ha..ha...itu tabiat aku....aku kalau duduk kat kerusi memang suka sorok satu jari kaki aku..ha..ha...ha..ha....






morals of the story-



- nak jumpa bakal mertua kena prepared betul-betul.

- nak jumpa bakal mertua duduk diam -diam ( konon-konon baiklah ).

- nak jumpa bakal mertua jangan sorok apa-apa...lebih-lebih lagi jari kaki...





- OH ! SAMA BEN LADEN

OH SAMA LAH DEN


OH TAK SAMA LAH DEN



Morals of the story-




- wujudke mamat yang nama osama tu?

- kalau wujud...awat payah benor USA nak jumpa.

- gambar di atas di edit untuk mengcover lubang hidung yang agak besar.......

24 April 2011

-Junior Football League 23.04.2011 (Rights Football Academy Match )

Sabtu 23.04.20011 kembali lagi ke sini....








Hari ini Rights Football Academy ( RFA ) akan memulakan perlawanan pada jam 9.30am dan akan bertemu denga pasukan KB Remaja Harimau Klang.


Perlawanan berlangsung agak sengit walaupun pemain RFA banyak yang tidak hadir kerana komitment kepada sekolah masing-masing.


Separuh masa RFA ketinggalan dengan 3 jaringan....


Mizan ( jersey no 22 ) hanya bermain pada separuh masa kedua dan berposisi sebagai defender sebelah kiri.


Berbanding RFA pasukan lawan lebih bermain secara egresif dan banyak bermain dengan body contact.


Keputusan akhir tidak berubah dan RFA tewas lagi kali ini dengan jaringan 3-0.


pemain sedang menerima arahan/marah sikit dari manager En Zam selepas aksi longlai yang di pamerkan.


Kelemahan dari barisan pertahanan dan juga midfields amat ketara sekali kerana penyerang utama terpaksa turun kebawah untuk membantu.


tetapi masih ada lagi perlawanan petang nanti pada jam 2.30pm.


kali ini RFA perlu bermain lebih bagus lagi kerana mengikut ranking lawan yang akan datang mempunyai taraf yang hampir sama.


Sementara menantikan perlawanan ke dua semua pemain membuat aktiviti bebas ( makan,solat,bermain sendiri.....dan tidur?????? )




tepat jam 2,30 pm perlawanan kedua berlangsung dengan pasukan Jasmine Junior FC.



kali ini posisi Mizan berubah menjadi winger kiri( posisi asal )untuk membantu serangan.


walaubagaimanapun midfield masih lagi tidak berfungsi dengan baik dan ketumpulan jentera serangan menyebabkan separuh masa pertama RFA masih lagi ketinggalan dengan 0-1.


walaupun mempunyai beberapa peluang terhidang di separuh masa kedua namun jaringan masih lagi belum di temui...








antara serangan yang di lakukan di hadapan kawasan pihak lawan...namun sasaran masih lagi jauh....




keadaan kelab kabut di hadapan gol pihak lawan namun benteng pertahanan mereka masih kental bertahan.

Serangan dari pihak lawan yang menghasilkan gol kedua.....


Namun pasukan RFA masih lagi tidak mengalah....lawan tetap lawan walaupun ketinggalan dan moral pemain agak menurun....




lontaran di kawasan pihak lawan....

perlawanan kali ini juga menyaksikan Mizan di layangkan kad kuning kerana mengkasari pihak lawan.


cubaan Ayeen untuk melarikan diri.........


Antara penyokong pihak RFA yang hadir.....


peace.....anak perempuan aku ni memang minat main bola....


Ayeen masih lagi tak boleh duduk diam.....

Coach Suhaimi memberikan kata sepatah beratus dua.....


Antara pihak bapa RFA ( merangkap jurulatih tak bertauliah ).....





Mizan lead the streching.....


seisi streching sebelum bersurai. Dialog Danish to Ayeen ( ayeen makan slow lah sikit ).......



Ayeen kalau dah dapat sukar untuk di lepaskan.....


sedang berebut aiscream.....

Dalam perjalanan pulang singgah sebentar di jalan paip untuk makan cendul dan ABC dahulu kerana tekak sudah dahaga yang amat sangat.......


Ayeen dan air kotak soya......( kotak yang ke dua ).


dua pemain RFA yang gagal berfungsi dengan baik....ha..ha..ha...dua orang ni twin striker kat kampung tetapi dalam RFA posisi berlainan.


ABC yang kurang power......


bagi aku yang hardcore cendol dan sudah menterai beberapa tempat mendapati cendol disini kurang power.....





isteri aku tersenyum kerana teringatkan adegan dalam filem geng ( upin ipin ).


Ayeen sedang membuat lawak di sebalik cermin kereta ( kena kurung kerana tidak mahu duduk diam ).....ha..ha...



Lebih kurang jam 3.50pm kami tiba di rumah dan seisi berehat perlu dilakukan.....ha..ha..ha..penat.










morals of the story-




- tewas hari ini tidak bermakna tewas selamanya.


- hendak kuat perlu lebih lagi berlatih.


- lepas berlawan jangan makan ABC sebab tak baik untuk kesihatan pemain ( kandungan gula yg tinggi ).


- cendul baik untuk aku......ha..ha..ha...





























































































-Junior Football League - Facebook

Semalam open facebook rasmi Junior Football League organize by Mr Nanvir from Soccergurus
napak lagi gambar Mizan dan pemain-pemain lain bersama P.M.
ha..ha..ha..tanpa keizinan aku copy gambar tersebut...sorry ha.

gambar Mizan malu-malu ketika di panggil utuk bergambar ( malu tapi mahu....).





morals of the story-


- ha..ha..ha..nak pecah otak n kepala aku pikir untuk moral of the story kali ini...at last no morals...ha..ha..ha...sorry ha.



22 April 2011

-1M Junior Football League under 12' Cardiff Cup ( Mizan masuk paper ).

Ada baca paper Kosmo and Sinar pada tarikh 17 dan 20 April?
tiada ?
tidak mengapa......
apa ada dengan Kosmo???

apa ada dengan Sinar?? ( dah peronyok pun paper ni).

ha..ha..ha..rupanya gambar anak aku si Mizan terselit di antara pemain yang dapat bergambar dengan PM Malaysia semasa perasmian Junior Football League tempohari di RRI Sungai Buloh.

yang tersengih nampak gigi berbaju hijau itulah Mizan......

perg...bergambar dengan Najib,Shabery Chik dan Rajagobal ( coach of Malaysian team )...

glamour lah cam ni...gerenti lepas ni dapat banyak surat punya ( ada ke???).

ha..ha..ha..ha...tetapi jangan tak percaya pulak dengan gambar yang ini.....

kenapa???

lihat betul-betul........anda nampak apa yang aku nampak???

aiseyman...kenapa terlindung pulak......tetapi bukan ini yang aku maksudkan tadi tetapi...jeng..jeng..jeng...( bagi suspen sikit ).

tetapi yan ada anak panah merah itu....

anda kenal? pasti tak kan?

ha..ha..ha..ha..itulah sebahagian dari wajah aku yang terselit.........

dari jauh memang tidak nampak........





morals of the story-



- ceh! cam ni pun nak tunjuk...bukan nampak clear pun.

- nak clear duduk depan ( nanti nampak batak sangat pulak ).

- nak masuk paper kena jadi orang besar atau popular.

- buat apa masuk paper kalau last-last paper tu buat bungkus nasi lemak je...ha..ha..ha..ha...