03 September 2010

-baju raya Ayeen.

Baju raya anak-anak aku dah cukup semua....
dalam pembelian baju raya biasanya kalau untuk anak-anak aku akan bermula 2 bulan yang lalu agar tidak pembelian last minutes.ini adalah di sebabkan 1 - baju yang cantik akan di sambar oleh orang lain dahulu. 2 - last minutes biasanya penjual akan menaikan harga dan baru buat diskaun ( aku dah survey benda ni ). 3 - beli sedikit-sedikit tak de lah nampak sangat habis duit banyak (pastikan jangan di jumlah semuanya ).

untuk anak aku yang bongsu ni aku banyak beli brand puppy winks.tetapi untuk anak-anak yang lain aku beli multi brand ( tak ada specefic ).tetapi banyak brand soda kids untuk yang lelaki dan voir untuk yang perempuan.


mata tak berkelip tengok baju baru yang di belikan untuknya....

ish...sampai meleleh air liur......( air liur tu menitis sebabnya baru nak tumbuh gigi ).


giliran untuk orang umah aku pun sudah.....
untuk aku?
aku biasanya orang yang terakhir sekali membeli belah kerana yang penting aku sudah sempurnakan dahulu untuk anak dan isteriku ( balance duit yang ada...ha..ha..ha...kalau balance ada RM 15 aku beli baju pagoda brand je......).




Tiada ulasan:

Catat Ulasan