26 November 2010

-hati yang panas lagi membara.

Entry aku kali ini bertintakan merah...
kenapa?
merah tanda berani..
tetapi merah juga tanda MARAH.
aku tengah marah yang amat sangat...bengang pun ada.


mana aku tak marah...
adakah aku di tuduh menyalahgunakan company punya internet dengan melayari web-web yang tak sepatutnya.
padahal di dalam report yang aku tulis terang-terang bahawa ketika itu aku tiada di tempat kerja.ialah...kejadian itu berlaku jam sepuluh malam hingga jam 1,padahal ketika itu aku ada kat rumah.
bodoh dan bengong agaknya orang yang tuduh aku itu.
yang dengar pun iayakan je...memang bengong semua tu......
takkan lah aku jam segitu pergi office cuma nak layari internet.kat umah aku pun ada......
yang pasti aku ada alibi dan mereka tiada prima facie ( fuiyo guna bahasa court tu...).
morals of the story-
- lain kali kalau nak menuduh orang check dulu...jangan main tuduh je.
- berdosa tau......he..he..he..

- mari kita pergi sekolah....

hari ini aku sudah mula membeli baju sekolah anak-anak aku.
beli awal agar senang nak berbudget dan tak akan kelam kabut.
lagipun gaji bulan depan perlu membayar buku sekolah.


teringat aku waktu aku bersekolah dahulu...
lebih-lebih waktu sekolah rendah...he..he...

muka masa sekolah rendah masih nampak baik lagi....belum ada unsur-unsur negetif.
masih selekeh kerana belum mengenal pak we mak we.....( lagipun belum sunat lagi)
tetapi aku dahulu kalau bersekolah kalau tak ada gelang getah kat tangan takkan bersekolah...
wajib ada gelang getah dari pergelangan tangan hingga ke siku.
gelang getah?buat apa?
apa lagi buat lawanlah waktu rehat nanti...he..he..he..

selain dari gelang getah permainan yang wajib waktu aku sekolah dahulu adalah bermain guli.
selain dari poket seluar yang asyik bocor kerana terisi dengan guli beg sekolah juga menjadi mangsa.best oi...main guli ngan getah.
budak zaman sekolah lah ni mana tahu main semua ni.

aku ingat lagi masa aku darjah dua dulu...
cikgu sekolah membuat operasi merampas guli murid-murid semua.
nak menangis aku kerana banyak guli aku yang di rampas.
aku follow cikgu yang merampas guli semua itu.
aku lihat ada hampir dua beg plastik beras berisi penuh ngan guli dari hasil rampasan ketika itu.

dan aku lihat cikgu itu telah menuangkan semua guli-guli itu kedalam kolam ikan yang terletak di hadapan pejabat.

tepat jam 1.00pm...hari jumaat..semua sudah balik...suasana sunyi dan sepi...
waktu yang baik untuk aku beroperasi..
aku dan seorang lagi kawan terjun kedalam kolam yang penuh dengan lumut dan berbau yang amat sangat kerana air yang bertahun tidak berganti.


isninnya.......

"mari...mari...mari....sape nak beli guli? sepuluh biji sepuluh sen"

ha..ha..ha..ha..ha..sungguh lumayan pendapatan aku hari ini.

aku pandang kawan aku....
he..he..he...masih ada sisa guli dalam kolam tersebut...
hari jumaat ini akan beroperasi lagi.....



morals of the story-


- time belajar jangan main nanti tak pandai cam aku.
- eh...teringin plak aku nak main getah ngan guli...ha..ha..ha...

- jangan hina aku ......

entry aku kali ini aku ada sedikit menciplak dari blog kulup sakah kerana aku ada mengalami masalah yang sama namun ada sedikit perubahan agar peniruan itu tidak berapa ketara...he..he..he..


kenapa kalau kita sudah lama tidak berjumpa kawan2 lama perlu ada soalan
"kereta apa kau pakai sekarang?"
bukan kah ada soalan yang lebih afdal seperti sihatke?anak dah berapa?
adakah soalan tentang apa kereta yang kita pakai itu lebih penting?
adakah ia melambangkan egoistik bangsa kita?
tentang taraf status kita.

aku tak perlu malu walaupun aku hanya mampu memiliki iswara kereta kebal walaupun murah namun dengan rezeki aku yang halal.

"ko duduk mana sekarang?"
"kat jalan khamis"
"perumahan yang baru tu ke?"
'tak lah...rumah sewa je"
"emmm..emmmm.."
sambil bibir terjuih-juih..
menyampah aku..
adakah semua orang memiliki akal yang singkat seperti itu/
mencebik segala kekurangan kita ini?
adakah semua orang mempunyai nasib yang sama?

aku tetap aku...walaupun kurang mampu namun aku bahagia bersama keluarga dan dengan rezeki yang halal walaupun sekadar yang mampu hidupku ini....





morals of the story-

- ingat yang naik kereta mewah tu kaya ke?
dia kena bayar bulanan yang lebih dari aku tau.....he..he..he..
- janji aku tak kena hujan walaupun kereta murah...he..he..he..
- eh ...kalau aku susah ko nak tolong ke?belikan lah aku kereta mewah dan tanah supaya kita sama taraf...he..he..he..

-Mizan kena kaunseling?

Hari terakhir sekolah...
aku menjemput anak sulung aku tepat jam 12.45pm.
dari kejauhan berkilat-kilat memancar dari hadapan bajunya.
dirinya semakin menghampiri aku.

"kenapa tu?"

aku bertanya....
tiada jawapan.
hanya senyuman.

"kenapa tu?"

untuk kali keduanya aku bertanya.

"entah...cikgu yang tampal"

pasti ada seisi kaunseling telah di kenakan..
namun aku masih tiada bertemu jawapan..
aku dahulu biasanya cikgu akan memberitahu kepada ibu bapa pelajar jika ada masalah disiplin.
tetapi mungkin cara sekarang berbeza...ibu bapa tidak perlu tahu..
yang ada cuma tampalan di baju untuk bekalan di bawa pulang.

"kenapa tak cabut?"
'cikgu tak bagi"

3 hari telah berlalu...
namun aku masih tiada bertemu jawapan kenapa anak aku di panggil untuk seisi kaunseling.
dia pun tidak mahu bercerita......

nakal kah anak aku ini di sekolah?






morals of teh story-



- mungkin perlu bertanya kepada cikgu terus...
- mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi....he..he..he..walaupun aku sedikit nakal di sekolah dahulu aku tak mahu anak aku juga begitu........

25 November 2010

- AYEEN dan kereta barunya.

No story......just for viewing only.













- morals of the story-
- no story...so no morals lah...ha..ha..ha..












-KURBO 7162 ( ulang tahun yg ke 19 ).

25.11.2010 genap 19 tahun penaklukan gunung kurbo yang setinggi 7162 kaki dari paras laut oleh sekumpulan pelajar dari SMC,Kuala Kangsar.

pejam dan celik begitu pantas masa berlalu...






morals of the story-


- memory memang best untuk di kenang.
- teringat zaman sekolah dulu...he..he..he..
- panjat gunung itu memang memenatkan...

11 November 2010

- pilihlah aku..................

Kepada semua kawan-kawan ( pembaca ) aku di sini ingin meminta jasa baik anda semua untuk mengundi cerita aku mengenai ulang tahun proton yang ke 25.

caranya senang aje -

1- masuk laman web www.proton25years.com.my
2- cari petak yang ada story tu-
- ada 2 ruang - cerita baru dan cerita yang paling di sukai.
3-cari cerita dari aku iaitu 'demi anakku' by mazlan mahmud dari meru.
4-tekan like.
5-tekan aksara yang di bagi.
6-ulang benda dari no 4 dan 5 sehingga jari anda dah letih.


kenapa aku minta bantuan awak semua?

sebab aku pun nak juga menang hadiah...he..he..he...lagipun aku sudah jauh ketinggalan dari pesaing-pesaing aku yang lain.
harap-harap dengan bantuan semua orang aku boleh lah menang.
dan kepada yang vote cerita aku tu ...jasa anda amat di hargai...aku amat berterima kasihlah sangat.








morals of the storry-



1- tolong orang dapat pahala.....oleh itu tolonglah aku vote.
2- aku nak juga hadiah yang di tawarkan.

-duit RM50

Beberapa bulan yang lalu kecuh khabar bahawa duit RM 50 yang mempunyai gambar5 bersalut bendera malaysia dan 0 yang berbentuk bulan sabit dan bintang jika di tukarkan di bank menjadi nilai RM 100.Aku mula-mula memang tak percaya langsung,mana mungkin duit baru keluar boleh mempunyai nilai 'double'
Aku ingat lagi nyonya Sunlida Travel Agency berkata -
" ini wang ha..kasi simpan...nanti boleh tukar satu ratus "
Aku hanya tersengih sambil mengambil baki duit selepas membuat tempahan teket kapal terbang tempohari.
Sengih-sengih gak...tapi aku ambil juga kata-kata nyonya tu.
Start dari hari itu aku mula mengumpul duit RM 50 yang mempunyai lambang tersebut.
Cucuk duit gaji je sebelum buat bayar hutang belek dulu dan asingkan.

Dapat je baki dari kedai mesti check dulu kemudian simpan.

Simpan punya simpan tetapi masih tiada lagi khabar dari bank yang duit tersebut boleh di tukar jadi RM 100.
" yang...jum kita pakai je duit ni"
"nanti kalau betul...macam mana" wife aku tanya aku balik.
"betul gak"
He....he...he...walaupun kesahihannya tidak pasti dan memang tak kan pasti namun aku simpan gak.....manalah tahukan..kot..kot...he..he..he...
morals of the story-
- mana mungkin duit RM50 boleh tukar jadi RM100...lain lah duit tu dah jadi antik.
- jangan dengar khabar angin...semua tipu je.
- lebih baik duit tu ko buat belanja je...ha..ha..ha..ha...





10 November 2010

-Birthday Ayeen.

Semuanya tidak di rancang,memula nak menyanbut antara family je.
Masa hari graduasi Danish sabtu aku dan wife aku berbincang.Jomlah kita buat birthday Ayeen dan panggil jiran-jiran.
Balik dari Danish Graduasi kami menuju ke pasaraya untuk membeli apa yang patut.
Petang itu juga menjemput jiran tetangga.
Petang itu juga membuat keputusan nak masak apa.
Petang itu juga bungkus jajan untuk budak-budak.
Petang itu juga kemas dan vacumn rumah.
Petang itu juga segala -galanya untuk membuat persiapan.

Pagi Ahad 07.11.2010 .
Hari ini hari jadi Ayeen yang setahun.
Pagi-pagi lagi sudah ke pasar untuk membeli bahan untuk di masak.
Pagi itu juga ke rumah emak untuk meminta sedikit bantuan.( tolong masakkan ayam masak merah ).
Pagi itu juga mengupah seorang tukang masak untuk memasakan nasi minyak.
Pagi itu juga mengambil seorang pembantu untuk menolong memasak di rumah.
Pagi itu juga betapa sibuknya aku.

Jam 3.00pm pergi kedai ambil nasi minyak.
Selepas jam itu pergi rumah mak ambil ayam masak merah.
Selepas-selepas jam itu singgah ke kedai kek beli kek.
Nampak kek Upin dan Ipin.
Anak aku memang suka Upin dan Ipin.
Tetapi sayang keknya amat kecil.cam mana ni?
Kek ada dua...so aku belilah kedua-duanya.
Tetapi petang itu anak aku tidak berapa sihat.Ada sedikit kepanasan di dahi menandakan yang dirinya ada sedikit demam.Moodnya kurang baik.Asyik nak menangis.Kurang memberi kerjasama untuk bergambar.
masih lagi menangis.
tetap berat untuk bekerjasama.
Walaupun begitu tangan sempat menyambar kek yang terletak di atas meja kecil itu.
Lantas di sumbatkan kedalam mulut....

Tangan masih lagi di masukan ke dalam mulut.


Mulut yang berlumuran dengan coklat-coklat kek.

Masih lagi menghisap sisa-sisa kek yang melekat di jari ( waktu ini dia diam seketika kerana ini yang dia suka ).
Antara juadah yang ada.
Ayam masak merah.
Bihun goreng.
Sambal telus rebus.
Pulut dan kari ayam ( emak aku sponsor ).
Kacang panjang masak taucu.
Nasi minyak ( tidak kelihatan ).
Serta ayam goreng berempah khas ciptaan bapak aku. ( bapak aku sponsor ).
sedap kan? tengok ajalah ye....
Menghisap sudu.
Masih dengan sudunya.
Baju dah penuh dengan kotoran gula ising dari kek.( payah nak basuh ni ).
Bersama hadiah-hadiah yang di terima.
abangnya sibuk nak interframe.
nak interframe dua kali walaupun tak berapa nak hensem.
ini gambar ulangan kerana aku suka gambar ini.
Tetamu mula hadir pada jam 4.00pm dan sehingga lah tetamu yang terakhir pulang pada jam 9.00pm.memang penat pada hari itu namun kami gembira kerana dapat menyambut hari ulang tahun AYEEN yang pertama.
HAPPY BIRTHDAY AYEEN.
morals of the story-
-apa moral-moral?
makan je lah........



- Danish Graduasi.

Sabtu 06.11.2010 tepat jam 8.00am semua telah bersedia untuk bergerak ke destinasi yang perlu di tuju segera.Upacara akan bermula pada jam 8.30am.Tetapi seperti tahun-tahun sebelumnya gerenti jam 9.30am akan bermula.Biasalah...tunggu orang itu...tunggu orang ini.

Ayeen dah standby nak bawa kereta.Tinggal menunggu Bonda yang sedang bersiap.
Enjin mula di hidupkan,gegaran stering menyebabkan Ayeen tersenyum panjang.

Sebelum Bonda masuk kereta sempat berposing dahulu berlatarkan rumah jiran kerana rumah sewa sendiri tidak sesuai sebagai back ground.

Jam 8.55am tiba dalam dewan,orang masih belum ramai tiba,begitu juga dengan tetamu khas.
Ini Danish dan kawan-kawan yang masih ceria kerana masing-masing baru tiba.

Bustanul Najmi ( tabika kemas ) mengambil giliran yang 15 untuk menerima sijil.( banyaknya sekolah kemas kan adun Meru ).

Majlis Mini Graduasi Tabika Kemas untuk DUN Meru.

Di persilakan adik Muhammad Danish Bin Mazlan untuk menerima sijil.

Posing atas pentas dahulu sebelum turun.
wajah sudah susah untuk tersenyum kerana lama menunggu giliran ( anak aku ini tak suka kalau tak dapat bebas berlari )

Muka masih lagi sukar untuk tersenyum kerana kaki dah kebas.( tak sabar nak berlari keliling dewan ).

Sebelum berpeluh kena isi perut dahulu dengan bekalan roti.

Danish and Daniel 2 budak yang paling nakal di tabika kemas bustanul najmi jalan khamis.( sakit kepala cikgu mengajar budak dua orang ini ).
Selepas penat menunggu kot-kot dapat cabutan bertuah,tetapi pulang dengan kehampaan dan tepat jam 1.00pm kami semua bergerak pulang ke rumah.
moral of the story-
- aku tak pun merasa sekolah tadika.
itu je?
ye..lah...mana ada idea lagi...asyik-asyik moral..moral...moral.