16 Oktober 2010

-kerana sekeping photo

kerana sekeping photo ini yang aku publish kat FB dapat menemukan aku kembali pada kengkawan yang sama-sama belajar dalam darjah 2 merah pada tahun 1980 .
walaupun tidak kesemuanya namun sebahagian telah di temui walaupun di alam nyata masih belum bersua rupa,mungkin pernah berselisih bahu di mana-mana.... aku bersekolah di SKBK ini tidak lama...mengikut sejarah aku di daftarkan oleh bapak aku di sekolah kebangsaan sungei way namun kerana ada sebab tertentu aku tersekolah di sini dan di tempatkan di kelas 1 biru ( ada 4 kelas dan aku last sekali ).
peperiksaan berlangsung aku mendapat keputusan yang agak baik dan melompat ke kelas pertama iaitu 2 merah.
namun apa kan daya persaingan amat kuat di dalam kelas ini dan aku mendapat tempat ke dua terakhir di dalam peperiksaan akhir tahun dan seterusnya aku di jatuhkan ke kelas 3 kuning ( hampeh tul...).
habis darjah 4 aku berpindah sekolah di negeri perak..........

selepas itu memang aku tidak pernah berjumpa sesiapa pun budak2 SKBK tu kecuali ada 2 - 3 orang yang aku temui di alam pekerjaan dan akhirnya pada bulan ini .kerana FB kawan yang 30 tahun dahulu bertemu kembali.







moral of the story-



- jangan suka-suka pindah sekolah.( dah bapak aku pindah...aku follow lah ).
- sebelum pergi tulislah alamat kengakawan tu.
- sapa cakap FB tu membazir waktu?tengok faedahnya.
- tidak perlu lagi cerita 'jejak kasih ' untuk mencari kawan atau sedara yang lama terpisah....cari je di FB atau lebai google...he..he..he..

15 Oktober 2010

-kereta terbakar.

kebelakangan ini kes kereta terbakar semakin menjadi-jadi.tidak kira jenama ,harga atau buatan mana.dulu masa aku kecil kereta yang terbakar hanya ada satu'brand' je,itu pun sebb dia punya enjin dan bonet akan menyebabkan mudah menjadi 'spark'.
mengapa sekarang ini kereta mudah terbakar?langgar sikit je pun boleh terbakar.statistik perlu di buat...sejak bila kereta mudah terbakar?.
tetapi dari pandangan aku lah mungkin berpunca dari minyak RON 95 yang sedang kita gunakan sekarang.kenapa aku kata begitu?aku bukanlah pandai sangat bab minyak ni ( aku bukan kerja pasal minyak...kalau latex tahu lah )tetapi setahu aku minyak RON95 adalah terdiri dari 95% oktana dan 5 % pentana ( pentana adalah bahan yang menjana pembakaran ).
RON 97 pula terdiri daripada 3 % petana.keperluan oktana dan pentana ini adalah bergantung kepada keperluan anjin dan juga jarak.jika tidak sesuai ia akan menyebabkan ketukan atau mat saleh panggil 'knocking'.
kenapa negara barat menggunakan RON 95 tiada masalah?
kita harus tahu negara kita bercuaca sangat panas hingga mencapai 32°c sementara di sana pula dalam 20°c.mungkin RON 95 ini sesuai di negara yang agak dingin seperti di sana.



apa pendapat anda?
tepuk dada tanya selera?
biru? hijau ?





moral of teh story -


- takut terbakar isilah minyak yang mahal sikit ( kandungan pentana yang sedikit ).
- takut terbakar naik basikal atau jalan kaki je ( itu pun kalau tak di bakar oleh orang ).

13 Oktober 2010

- mari kita menambah hutang.



aku sebelum ini memang tak percaya dengan kad kredit....

aku kalau nak beli apa-apa pun akan beli cash...kalau mahal sikit aku simpan duit sikit-sikit.

sebab aku tengok kengkawan aku dah banyak yang berhutang sehingga ada yang mencecah belas ribu ringgit ( ngeri aku dengar ).

tetapi entah macam mana ketika aku nak buat bank statement...yang jaga counter itu dengan mulut yang manis dan tersenyum manja itu menawarkan kad kredit.tawar menawar dan pujuk memujuk dan tolak menolak pun berlaku.selalunya aku akan menang...namun kali ini aku tewas dengan pujuk rayunya.

seminggu kemudian aku ke bank itu semula untuk mengambil kad yang telah siap.

3 bulan telah berlalu...kehidupan aku masih sama...

tv yang sama ( bukan plasma atau lcd mahupun led ),hi fi yang sama ( dah 2 tahun rosak ),perabut yang sama,rumah dan kereta yang sama....tetapi mengapa hutang kad kredit ku banyak pula?apa yang aku beli?belanjakan?apa aku buat?

memang kad kredit ini berhantu....sekejap je menambahkan hutang aku padahal sebelum ini semua aku beli menggunakan cash.

sekarang kad kredit aku disimpan di tempat yang selamat...aku tak mahu menggunakannya lagi...sekarang tugas aku membayar semua hutang-hutang itu yang aku jangkakan akan habis dalam masa 34 bulan kalau ansuran sebulan RM 50.00...ha..ha..ha..padan muka kat aku.

moral of the story-

- jangan nak gatal pakai kad kredit.

- kalau berurusan dengan bank sila cari staff lelaki.

- kad kredit tu sebenarnya kad hutang ( kredit tu bagi sedap sebut je ).

- hiduplah sekadarnya...bukan secara kadarisman ( sambal belacan......).

- padan muka kat semua penghutang kad kredit ( termasuklah aku ).

- mari masuk kelas aerobik.



kelas aerobik telah di buka...

sila daftarkan diri anda...

selepas menjalani excersise ini gerenti badan anda akan slim semula....

moral of the story-

- pastikan anda selalu bersenam.

- jangan dah gemuk gedempol baru nak bersenam.

- kurangkan makan kalau tak nak gemuk.

- makan-makan di madam lim's setia alam.

Khamis yang agak membahang...tepat jam 1.00pm aku sudah menanti di sebuah restorant
yang terletak di dalam bangunan Tesco Setia Alam.menantikan para sahabat yang lain.
hari ini GM aku nak belanja makan tengahari sempena dapat menyetel satu customer yang agak fussy ( padahal bukan customer tetapi 3rd party inspector yang very fussy ).
ah lantak lah ko...fussy ke tak janji order tetap 'on' lebih-lebih 6 atau 7 container untuk satu bulan dari customer ni.
sebelum isi tinggal tulang perlu di photokan dahulu...
tangan seperti membaca doa tetapi tidak sebenarnya...tangan sedang tidak sabar untuk menyunkit isi udang dari bekas tanah liat itu.( lupa lak orang putih cakap apa..clayport..air pot ..ala apa-apa aje lah ).
yang tunjuk tanda jari bagus tu salah seorang yang paling kuat makan...tetapi masih tidak dapat menandingi aku yang terkenal dengan kuatnya makan.
semua masih malu-malu untuk memulakan gerak...memandang kiri dan kanan.

eh...ini gambar cam sama je yang dengan di atas...double up lode ke?

ini udang goreng yang terlalu garing...kulit amat keras sekali.

masa ini masih lagi malu-malu untuk memulakan langkah suapan.mengambil kesempatan itu untuk bergambar dengan aku punya GM.( sponsor makan ni ).

mata ku masih menjeling kepada orang yang di hadapan...sedang menyedok isi tom yam yang berapi dengan harapan ..janganlah di habiskan.

setengah jalan sudah berlalu...semua menumpukan perhatian kepada aku...membilang kepala-kepala udang yang telah aku kerjakan.

dari sudut ini tidak kelihatan aku...hanya sebahagian badan.ketika ini aku sedang khusuk menghabiskan udang meja sebelah.
masih lagi tidak berhenti membaham udang sedangkan yang lain sudah mula menghentikan langkah....ala dia orang tu malu sebenarnya...padahal dalam hati....emm..emm..em..melantaklah lagi.

sengaja menayangkan kulit-kulit udang yang isinya sudah mmemasuki ruang-ruang kosong di perut ku.
jelingan dari GM yang di dalam fikirannya....tak rugi betul bawa ini orang..semua dia kasi habis.

makanan semua sudah habis ( ada udang di tangan sebagai prop ) sekarang masa untuk seisi berfoto.
foto lagi dengan udang yang sama di tangan....dengan fikiran yang kusut..bila lah udang ni dapat ku sumbatkan dalam mulut....he..he..he...
tepat jam 1.55pm semua sudah selesai...hidangan hanya tinggal tulang...kulit...dan pinggan kosong.so kami bergerak ke arah kilang semula dengan langkah yang berat kerana terlalu banyak makanan yang terisi di dalam.
moral of the story ....la makan pun ada moral gak....lantak lah ko.
- berenti sebelum kenyang bukan berenti selagi tak habis.
- makan orang belanja memang best.

12 Oktober 2010

- Mizan ada awek ?



ini anak aku yang sulong bernama Muhammad Mizan Aiman dan berumur 11 tahun ( 19.09.1999 ).

minggu lepas semasa aku mengambilnya dari sekolah dia ada cakap

" ayah...kita dah bagi gambar tu..."

aku terdiam sejenak....

baru aku teringat dua hari sebelum itu dia leka sedang melukis gambar seorang budak lelaki dan perempuan sedang berenang di dasar laut sambil menangkap ikan.

aku masih lagi terdiam.

tetapi siang tadi ketika aku memeriksa beg sekolahnya ( rutin mingguan untuk melihat hasil sekolah ) aku terjumpa sekeping surat.di dalamnya ada 2 jenis tulisan yang berbalas-balas...

yang pasti mukadimahnya adalah ucapan terima kasih kerana lukisan yang cantik itu.

aku tergamam sebentar...aku tak sangka anak aku yang baru berumur 11 tahun sudah pandai bercinta........( bonda nya cakap ikut perangai ayahnya )....tetapi mana ada...aku dulu pemalu dengan perempuan...nak cakap pun takut .....ha..ha..ha..

moral of the story-

- nasihatkan anak...jangan bercinta pada usia muda.

- pastikan anak bersunat dulu kalau nak bercinta.

- jaga perangai kita...jangan anak ikut...he..he..he...

- Ayeen menyorok....

anak aku yang bongsu ini ada hobi baru....iaitu menyork di coffee table.
memula tengok kiri dan kanan dahulu untuk memastikan tiada sesiapa yang melihat.
jelingan perlu tajam bagi memastikan line sangat clear.
apabila orang dah perasan yang kita menyorok...berikan senyuman yang paling manis.

sebelum bonda marah....lebih baik turun dahulu....he..he..he..
moral of the story -
- jangan biarkan anak menyorok di coffee table ( eh...ini pun moral ke ? lantaklah...dah tak ada moral lagi...aku hantam sajalah.....).



- 1806

aku memang sengaja menantikan blog aku mencapai angka ini.
walaupun blog aku tak berapa menarik kerana tiada isu-isu yang panas cuma catatan keluarga
namun masih mampu menarik pembaca. ( counter bermula 1st of september ).


namun blog aku akan berubah-rubah ( untuk di baiki agar lebih baik penyampaiannya ).
kepada yang sentiasa mengikuti blog ini aku ucapkan terima kasih.( terutama yang menggelar dirinya Hamba Allah ).
aku harap ramai lagi yang sudi mengikuti blog aku ini walaupun catatan kurang menarik kerana aku bukan seorang penulis .aku menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran ku tetapi akan mengelakan mencatat sesuatu yang panas ( politik ataupun hiburan ).
moral of the story ( la....ini pun ada moral juga ke ? ).
- kalau tak pandai menulis jangan mulakan blog ( aku peduli apa...bukan kena bayar pun ).
- kalau blog ini tak best jangan mengata kat belakang...tak puas hati boleh comment. ( aku tak marah.....).
- aku mengata sendiri blog aku ni tiada aku kisah...aku peduli apa ( ikut style pak hamid gurkha bercakap )....

11 Oktober 2010

-aku dan teko ajaib.



aku dulu selalu berangan...

suka sangat berangan...

sebelum tidur mesti nak berangan...

berangan ape?

berangan dapat teko yang boleh mengeluarkan jin...supaya tertunai segala permintaan aku.

aku rasa sehingga umur aku meningkat 20an aku masih berangankan teko alladin ni walaupun aku tahu semua itu adalah cerita tipu belaka.......tapi aku masih mengharap.

moral of the story-

- buruk benar orang tua masih berangan.

- minta kat tuhan...bukan kat jin......kat jins samsuddin boleh lah.

- jangan jadi otak karton.

- kena berusaha kalau nak sesuatu...bukan berangan je.

-bodoh atau prinsip.

aku kalau kenang balik masa lalu ..memang kekadang tindakan aku itu amat bodoh sekali.tetapi kalau di fikirkan sekali aku yakin pada prisip aku walaupun tersiksa.
check bebalik kengkawan aku...kebanyakannya semua menjadi orang yang berjaya.
aku? hanya seorang kuli batak di sebuah kilang yang besar.
adakah aku bodoh kerana membiarkan result STPM aku yg setakat masuk u atau maktab gerenti dapat punya..tetapi mengapa aku pinggirkan?
padahal itu adalah jalan untuk berjaya...kenapa aku memilih jalan yang bertentangan?

prisip apa yang aku pertahankan?
apa?
kalau bisa ku undurkan masa itu terlalu banyak yang perlu aku perbetulkan walaupun aku tahu ia tidak mungkin akan kembali lagi.




moral of the story-
-pikir sebelu buat.
-dah pikir baru buat.
-tak pikir dan buat tanggung lah sendiri...menyesal buat apa?

04 Oktober 2010

- Ayeen dan songkok.

ini anak aku...
raya hari itu try pakaikan songkok.
hensem tak ?
segak dan bergaya walaupun tangan perlu di pegang ketika seisi berfoto ini.
tangan masih lagi terpegang.....meronta minta di lepaskan.
ketika tangan di lepaskan...
menutup muka...tidak mahu gambar di ambil.
simpan ketepi songkok...
ah......baru selesa.
moral of the story-
- bebudak kecik kena biasakan memakai songkok agar tak kekok.
- apa lagi moral yang ada?





03 Oktober 2010

-Giant Gonzalez.

lagi bekas penggusti mati.
Giant Gonzalez penggusti yang paling tinggi pernah wujud telah mati pada 22 sept yang lalu
kerana komplikasi diabetes pada usia 44 tahun.
selepas bersara dari arena gusti...beliau telah mengalami pelbagai penyakit sehingga akhir hayatnya hidup berkerusi roda.




real name - Jorge Gonzalez.
ring names - El Gigante,
Giant Gonzalez.
born - 31.01.1966 ( Argentina ).
died - 22.09.2010.
height - 7 f 7 in ( 2.31 m ).
weight - 485 ilb ( 231 kg ).
rest in peace.....
moral of the story -
- sekuat mana pun ko bergusti...akhirnya ko mati gak kerana Allah lebih berkuasa.
- janganlah bergusti...sakit badan.



01 Oktober 2010

- di kala aku boring.

mata menghadap laptop tetapi tiada apa yang boleh aku lakukan...buntu....boring yang amat sangat.
tiada modal untuk melakukan apa-apa...
fikiran merawang jauh ke angkasa lepas sehingga ke planet plotu...
namun masih buntu.
di atas meja ku lihat ada klip kertas...
ku patahkan dan ku luruskan...
selalunya klip ini berguna untuk mengorek telinga di kala khayal mendengar muzik.
kali ini tidak sesuai lagi...lainlah kalau hendak merosakkan gegendang telinga...
ku lihat lengan tangan yang kekurangan zat vitamin...
idea pun datang...


amacam kreatif tak?
he..he..hanya itu yang mampu ku lakukan di kala itu...sebuah jam tangan casio ( maklumlah..nak beli tetapi tak mampu ).
moral of the story-
-kalau boring gi amik air sembahyang dan solat...lagi berfaedah.
-kalau boring jangan buat benda bodoh.
-kalau nak kulit cantik banyakkan makan sayur.
-kalau tak mampu beli jam...tak payahlah nak lukis kat tangan....buat malu je...