02 November 2010

-piala malaysia.



aku dah lama tidak menonton bola bersama bapak aku setelah aku berpindah rumah.

tetapi malam final piala malaysia hari itu aku secara kebetulan ada di rumah bapak aku so aku pun tengoklah perlawanan tersebut.bapak aku tidak seperti dahulu lagi...menonton hanya terdiam sambil mulut tidak henti-henti menghisap rokok kegemarannya.kalau sepuluh tahun dahulu mulut bapak ku itu tidak henti-henti mengomel jika ada yang tidak kena pada perlawanan itu.mungkin usia yang meningkat membataskan semua itu.

aku menoleh kepada bapakku yang masih menghembuskan asap tanpa henti sambil berkata-

" abah.....dulu kita pergi stadium merdeka best ye..."

"emm...emmm.."

hanya itu jawapan dari mulutnya.

lantas aku teringat kali pertama abah membawa aku ke stadium merdeka pada tahun 1978 ketika aku berumur 6 tahun menyaksikan perlawanan akhir piala malaysia antara singapura melawan selangor.

bapak aku itu dulu amat fanatik dengan bola dan bermain divisyen 2 dalam liga selangor dan pernah bermain melawan mokhtar dahari ( itu yang di ceritakan padaku ).

sehingga usianya 40an beliau masih aktif lagi dan menjadi orang yang paling tua di padang ketika bermain di waktu petang di padang lapis 6 ( kat kampong aku ).

kini usia semakin senja...keghairahan tentang bola sudah makin hilang dalam sanubari....tiada jeritan gol !!!!!! walaupun ketika ini pasukan negeri sembilan berjaya menjaringkan gol...

aku rindukan waktu dulu kita kami sama-sama menjerit kata keramat GOOOOOOOL ketika mana-mana pasukan dapat menjaringkan gol.

moral of the story -

- no moral untuk kali ini kerana.....sup..sup...sup sedih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan