16 Oktober 2010

-kerana sekeping photo

kerana sekeping photo ini yang aku publish kat FB dapat menemukan aku kembali pada kengkawan yang sama-sama belajar dalam darjah 2 merah pada tahun 1980 .
walaupun tidak kesemuanya namun sebahagian telah di temui walaupun di alam nyata masih belum bersua rupa,mungkin pernah berselisih bahu di mana-mana.... aku bersekolah di SKBK ini tidak lama...mengikut sejarah aku di daftarkan oleh bapak aku di sekolah kebangsaan sungei way namun kerana ada sebab tertentu aku tersekolah di sini dan di tempatkan di kelas 1 biru ( ada 4 kelas dan aku last sekali ).
peperiksaan berlangsung aku mendapat keputusan yang agak baik dan melompat ke kelas pertama iaitu 2 merah.
namun apa kan daya persaingan amat kuat di dalam kelas ini dan aku mendapat tempat ke dua terakhir di dalam peperiksaan akhir tahun dan seterusnya aku di jatuhkan ke kelas 3 kuning ( hampeh tul...).
habis darjah 4 aku berpindah sekolah di negeri perak..........

selepas itu memang aku tidak pernah berjumpa sesiapa pun budak2 SKBK tu kecuali ada 2 - 3 orang yang aku temui di alam pekerjaan dan akhirnya pada bulan ini .kerana FB kawan yang 30 tahun dahulu bertemu kembali.







moral of the story-



- jangan suka-suka pindah sekolah.( dah bapak aku pindah...aku follow lah ).
- sebelum pergi tulislah alamat kengakawan tu.
- sapa cakap FB tu membazir waktu?tengok faedahnya.
- tidak perlu lagi cerita 'jejak kasih ' untuk mencari kawan atau sedara yang lama terpisah....cari je di FB atau lebai google...he..he..he..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan