13 Oktober 2010

- mari kita menambah hutang.



aku sebelum ini memang tak percaya dengan kad kredit....

aku kalau nak beli apa-apa pun akan beli cash...kalau mahal sikit aku simpan duit sikit-sikit.

sebab aku tengok kengkawan aku dah banyak yang berhutang sehingga ada yang mencecah belas ribu ringgit ( ngeri aku dengar ).

tetapi entah macam mana ketika aku nak buat bank statement...yang jaga counter itu dengan mulut yang manis dan tersenyum manja itu menawarkan kad kredit.tawar menawar dan pujuk memujuk dan tolak menolak pun berlaku.selalunya aku akan menang...namun kali ini aku tewas dengan pujuk rayunya.

seminggu kemudian aku ke bank itu semula untuk mengambil kad yang telah siap.

3 bulan telah berlalu...kehidupan aku masih sama...

tv yang sama ( bukan plasma atau lcd mahupun led ),hi fi yang sama ( dah 2 tahun rosak ),perabut yang sama,rumah dan kereta yang sama....tetapi mengapa hutang kad kredit ku banyak pula?apa yang aku beli?belanjakan?apa aku buat?

memang kad kredit ini berhantu....sekejap je menambahkan hutang aku padahal sebelum ini semua aku beli menggunakan cash.

sekarang kad kredit aku disimpan di tempat yang selamat...aku tak mahu menggunakannya lagi...sekarang tugas aku membayar semua hutang-hutang itu yang aku jangkakan akan habis dalam masa 34 bulan kalau ansuran sebulan RM 50.00...ha..ha..ha..padan muka kat aku.

moral of the story-

- jangan nak gatal pakai kad kredit.

- kalau berurusan dengan bank sila cari staff lelaki.

- kad kredit tu sebenarnya kad hutang ( kredit tu bagi sedap sebut je ).

- hiduplah sekadarnya...bukan secara kadarisman ( sambal belacan......).

- padan muka kat semua penghutang kad kredit ( termasuklah aku ).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan