
academy bola ini telah mencapai kemuncaknya tahun ini.semua pemain academy telah di kumpulkan di padang setia alam,shah alam untuk seisi pemilihan pemain untuk mewakili kelab ini untuk tahun hadapan.

pemain-pemain dari subang,kampung jawa,sementa dan juga meru telah di gabungkan untuk mencari 18 pemain bawah 12 tahun untuk mewakili kelab tersebut.

anak aku mizan ( tangan di belakang ) sedang khusuk mendengar kata-kata dari coach ibrahim sebelum perlawanan.

seisi pertama telah berlangsung dan anak aku gagal dan di beri peluang untuk seisi kedua.

rambut masih terpacak tetapi mata semakin layu ( penat sangat kerana cuaca yang amat panas ).

anak aku antara pemain yang menpunyai saiz tubuh yang kecil ( kurang zat vitamin agaknya ).

seisi pemilihan bermula dari jam 8 pagi dan berakhir pada jam 2 petang.senarai terakhir 18 pemain akan di umumkan minggu hadapan.
minta-minta anak aku akan terpilih kerana itu matlamatnya.
moral of the story -
- main bola sekarang ni boleh jadi kaya dan jutawan.
- nak main bola kena makan vitamin banyak-banyak.
- kalau tak terpilih jangan sedih...cuba lagi 5 tahun hadapan ( bawah 17 tahun ).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan