Masa hari graduasi Danish sabtu aku dan wife aku berbincang.Jomlah kita buat birthday Ayeen dan panggil jiran-jiran.
Balik dari Danish Graduasi kami menuju ke pasaraya untuk membeli apa yang patut.
Petang itu juga menjemput jiran tetangga.
Petang itu juga membuat keputusan nak masak apa.
Petang itu juga bungkus jajan untuk budak-budak.
Petang itu juga kemas dan vacumn rumah.
Petang itu juga segala -galanya untuk membuat persiapan.

Hari ini hari jadi Ayeen yang setahun.
Pagi-pagi lagi sudah ke pasar untuk membeli bahan untuk di masak.
Pagi itu juga ke rumah emak untuk meminta sedikit bantuan.( tolong masakkan ayam masak merah ).
Pagi itu juga mengupah seorang tukang masak untuk memasakan nasi minyak.
Pagi itu juga mengambil seorang pembantu untuk menolong memasak di rumah.
Pagi itu juga betapa sibuknya aku.

Selepas jam itu pergi rumah mak ambil ayam masak merah.
Selepas-selepas jam itu singgah ke kedai kek beli kek.
Nampak kek Upin dan Ipin.
Anak aku memang suka Upin dan Ipin.
Tetapi sayang keknya amat kecil.cam mana ni?
Kek ada dua...so aku belilah kedua-duanya.







Mulut yang berlumuran dengan coklat-coklat kek.

Ayam masak merah.
Bihun goreng.
Sambal telus rebus.
Pulut dan kari ayam ( emak aku sponsor ).
Kacang panjang masak taucu.
Nasi minyak ( tidak kelihatan ).
Serta ayam goreng berempah khas ciptaan bapak aku. ( bapak aku sponsor ).







Tetamu mula hadir pada jam 4.00pm dan sehingga lah tetamu yang terakhir pulang pada jam 9.00pm.memang penat pada hari itu namun kami gembira kerana dapat menyambut hari ulang tahun AYEEN yang pertama.
HAPPY BIRTHDAY AYEEN.
morals of the story-
-apa moral-moral?
makan je lah........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan