10 November 2010

- Danish Graduasi.

Sabtu 06.11.2010 tepat jam 8.00am semua telah bersedia untuk bergerak ke destinasi yang perlu di tuju segera.Upacara akan bermula pada jam 8.30am.Tetapi seperti tahun-tahun sebelumnya gerenti jam 9.30am akan bermula.Biasalah...tunggu orang itu...tunggu orang ini.

Ayeen dah standby nak bawa kereta.Tinggal menunggu Bonda yang sedang bersiap.
Enjin mula di hidupkan,gegaran stering menyebabkan Ayeen tersenyum panjang.

Sebelum Bonda masuk kereta sempat berposing dahulu berlatarkan rumah jiran kerana rumah sewa sendiri tidak sesuai sebagai back ground.

Jam 8.55am tiba dalam dewan,orang masih belum ramai tiba,begitu juga dengan tetamu khas.
Ini Danish dan kawan-kawan yang masih ceria kerana masing-masing baru tiba.

Bustanul Najmi ( tabika kemas ) mengambil giliran yang 15 untuk menerima sijil.( banyaknya sekolah kemas kan adun Meru ).

Majlis Mini Graduasi Tabika Kemas untuk DUN Meru.

Di persilakan adik Muhammad Danish Bin Mazlan untuk menerima sijil.

Posing atas pentas dahulu sebelum turun.
wajah sudah susah untuk tersenyum kerana lama menunggu giliran ( anak aku ini tak suka kalau tak dapat bebas berlari )

Muka masih lagi sukar untuk tersenyum kerana kaki dah kebas.( tak sabar nak berlari keliling dewan ).

Sebelum berpeluh kena isi perut dahulu dengan bekalan roti.

Danish and Daniel 2 budak yang paling nakal di tabika kemas bustanul najmi jalan khamis.( sakit kepala cikgu mengajar budak dua orang ini ).
Selepas penat menunggu kot-kot dapat cabutan bertuah,tetapi pulang dengan kehampaan dan tepat jam 1.00pm kami semua bergerak pulang ke rumah.
moral of the story-
- aku tak pun merasa sekolah tadika.
itu je?
ye..lah...mana ada idea lagi...asyik-asyik moral..moral...moral.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan