02 November 2010

- kakus ?

jamban yang pernah aku guna


kakus adalah nama lama untuk jamban dan dalam bahasa inggeris di panggil toilet dan WC ( sebutan way say ) dalam bahasa indonesia.
jamban ini penting dalam kehidupan seharian kita.
dulu masa aku kecik-kecik jambatan kat kampong aku menjadi tumpuan untuk membuang air besar.tetapi yang hairannya waktu buang air besar semua terdedah ( 18 sx ) tetapi muka semua tertutup.kenapa? yang bawah kalau terdedah tiada yang kenal tetapi kalau muka? semua orang kenal.so sesiapa yang membuang hajat di jambatan atau orang kampong aku panggil prapatan semua muka tertutup walaupun yang di bawah semua kita nampak.
itu zaman akhir 70an...sekarang tiada lagi peristiwa seperti itu.

ini gambar jamban yang hampir roboh tetapi masih lagi bernasib baik kerana tertutup.
anda semua pernah pergi negara lain?macam mana jambannya?

pada tahun 1997 dulu aku pernah melarikan diri ke indonesia kerana sebab-sebab tertentu.
naik fery dari port klang sampai tanjung balai di sumatera ( dalam 4 jam ).
nak tahu jambannya macam mana?kawasan rumah di situ dapurnya adalah bertanahkan sungai ..so kalau nak berak pergi je dapur dan melepaslah di situ walaupun jiran-jiran sebelah kalau buka pintu atau tingkap akan dapat melihat anda yang sedang melepas itu.pandai-pandailah korang mengcover apa yang patut.
nak basuh? cedok aje air sungai yang mengalir kat bawah tu...jangan tercedok bahan buangan tadi sudahlah.
bilik mandinya lagilah open...terletak di hadapan pintu rumah dan guna air bawah tanah.( pump tangan ).
lagi satu yang aku tak boleh lupa adalah jamban di kampung 'meranti' juga di sumatera atau tepat lagi di asahan ( tempat asal penyanyi iwan dangdut ).jamban dia lagi best...kalau mencangkung daun kelapa yang di buat sekeliling hanya separas leher ( untuk senang lihat sekeliling ).kalau ada anak dara lalu hanya mampu tersenyum je.lubangnya? hanya paip besi berdiameter 2 inci ( kalau bahan buangan besar sikit pandai-pandailah korang sumbatkan ).air untuk mencuci? simpan dulu dan tujulah sumber air yang berdekatan.ha..ha..ha..ha..oleh itu bersyukurlah jamban kat tempat korang kerana ada jamban yang lebih teruk lagi.










moral of the story-

- jangan tengok lamban kat negara sendiri...cuba-cubalah jamban kat tempat orang.
- jamban kita kira okay lagi kerana tertutup.
- kalau tak terdesak memang aku takkan berak punya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan