04 November 2010

-Din Bagak dan public phone.

ini gambar public phone...
apa kena mengena ngan entry aku kali ini?

minggu lepas masa aku parking kereta di Mid Valley ,seorang lelaki menaiki Alphard putih menegur aku.

"rasa nye cam kenal.....lan kan ?"

aku belek lelaki berbadan agak gempal dari aku dari hujung rambut hingga hujung kaki.

" ya saya....tapi saya lupa lah...awak sapa ye?"

memang aku tak kenal langsung mamat ni.

"takkan tak kenal...member lama lah....Zaharudin..alah Din Bagak"

lantas aku teringatkan kawan lama aku last aku jumpa kalau tak silap aku pada tahun 1994 kat pudu raya.
seorang lelaki yang cekung ( drug addict dia ni....dulu time sekolah kaki ganja ) sedang lepak.

"wei..buat apa tu"
"cilakak ko lan....terkejut aku"
"buat apa?"
"kerje le"
"kerja apa...aku tengok ko duduk je"
"kejap lagi aku kerjalah"

dia ni memang rapat ngan aku dulu...kalau dia buat jahat pun memang tak cover line langsung ngan aku.walaupun dia kandas SRP tapi aku tetap kawan ngan dia.last aku jumpa dia tahun 1990...mak dia cakap dia lari ke KL.

"jom ikut aku...line dah clear"

korang tahu apa kerja dia dan apa kena mengena ngan public phone?

dengan berbekalkan sedikit plastersin Din Bagak ni akan meround semua public phone di sekitar puduraya dan melekatkan plastersin di tempat duit.modus operandinya?jika duit yang di masukkan akan tersangkut di plastersin jika sesuatu panggilan itu gagal.paham maksud aku?
tetapi telepon sekarang ni tak boleh lagi sebab system dah di tukar...telepon dulu senang..lebih-lebih yang berwarna kuning.
itulah kerja dia ...pagi masuk plastersin....senja kutip duit.

"berapa sehari boleh dapat?"
"lepaslah aku makan dan lepas gian..he..he.."
"hari ini macam mana?"
"tak lepas lah...pinjam duit dua puluh ringgit...he..he..."

gelak sehingga menampakan lapisan gigi yang kehitaman hasil dari bahan-bahan hisapan yang berbagai jenis.dia kata seja

itu puluhan tahun yang lepas..tetapi di hadapan aku ini sekarang berdiri seorang lelaki yang bergaya dan pastinya giginya lebih putih dari aku.

"macam mana ko boleh jadi smart macam ni?"
"jom kita cari kedai dulu...sembang sambil minum-minum"

dia pun start cerita kat aku sambil hulur kad.

baru aku tahu...selepas bertahun hasil kerja public phone dia kantoi dan di hantar kepusat pemulihan kerana positif dadah.
keluar dan kantoi lagi..
keluar dan kantoi lagi..
keluar dan kantoi lagi..
tetapi kali ke empat dia keluar dia betul-betul insaf kerana emaknya meninggal betul-betul sehari selepas dia di bebaskan.
lagi satu dia kata untungnya masuk pusat ni ada kemahiran yang di ajar...mula-mula dia belajar buat roti canai...lepas tu menjahit.

keluar je dia kerja buat roti canai siang hari dan menjahit malam hari.
hasil usahanya dia sudah ada 2 restorant dan kedai jahit dan sekarang ada sikit-sikit kontrek lain.

"pergh...dasyatlah ko sekarang"



moral of the story-

- kita boleh berubah kalau kita nak.
-budak tak lulus SRP pun boleh kaya.
-drug addict tak semestinya terus jadi drug addict.
-dia boleh jadi kaya ..aku? ha..ha..ha...+

Tiada ulasan:

Catat Ulasan