26 November 2010

-Mizan kena kaunseling?

Hari terakhir sekolah...
aku menjemput anak sulung aku tepat jam 12.45pm.
dari kejauhan berkilat-kilat memancar dari hadapan bajunya.
dirinya semakin menghampiri aku.

"kenapa tu?"

aku bertanya....
tiada jawapan.
hanya senyuman.

"kenapa tu?"

untuk kali keduanya aku bertanya.

"entah...cikgu yang tampal"

pasti ada seisi kaunseling telah di kenakan..
namun aku masih tiada bertemu jawapan..
aku dahulu biasanya cikgu akan memberitahu kepada ibu bapa pelajar jika ada masalah disiplin.
tetapi mungkin cara sekarang berbeza...ibu bapa tidak perlu tahu..
yang ada cuma tampalan di baju untuk bekalan di bawa pulang.

"kenapa tak cabut?"
'cikgu tak bagi"

3 hari telah berlalu...
namun aku masih tiada bertemu jawapan kenapa anak aku di panggil untuk seisi kaunseling.
dia pun tidak mahu bercerita......

nakal kah anak aku ini di sekolah?






morals of teh story-



- mungkin perlu bertanya kepada cikgu terus...
- mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi....he..he..he..walaupun aku sedikit nakal di sekolah dahulu aku tak mahu anak aku juga begitu........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan