27 Julai 2010

-seketika di Putrajaya.

Kerap juga aku pergi pusat pentadbiran Putrajaya ini tetapi tidak pernah ada kesempatan untuk mencari sudut-sudut yang boleh ku abadikan di dalam gambar.
So kali ini aku nekad untuk memulakan perjalanan sambil disisi poket ku sebiji camera digital yang murah ( janji boleh amik gambar ).
Aku tak pasti di mana aku akan mulakan dahulu....
Pusing punya pusing baru aku teringat di dompet aku hanya ada dua keping duit warna merah sahaja.
Pusing lagi mencari bank yang ada untuk mencucuk duit barang sekeping dua untuk membeli makanan jika datang laparnya.
Akhirnya tiba di sebuah bank yang berlambangkan kepala harimau.
Perjalanan di hentikan seketika...duit perlu ada di tangan...
Eh! bangunan mahkamah ni cantik pula...
Mula lah punat camera ini ku picit mencari susut yang menarik...
Tetapi hasil tetap tak menarik...kehh..keh..aku bukan jurugambar pro....
Tiba-tiba......terdengar lagu nada dering h/p ku berbunyi....
bla...bla..bla...bla....bla..
ape??????????????????.
Camera ku simpan semula...
Kereta mula ku hidupkan enjin tanpa sempat mencucuk di mulut harimau..
ada hal penting yang menanti....
misi terhenti...
hanya ini yang sempat ku klik kan....



Walaupun sebahagian sahaja...namun kecantikan dan susur atur memang cantik....
Tak mengapa...
suatu hari nanti aku akan kembali juga ke sini....
Ah...bukan jauh sangat pun...
Bawa kete cam kura-kura pun aku leh sampai tak sampai satu jam dari rumah.....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan