02 Julai 2010

-4 lagi fakta menarik tentang pemain di worldcup 2010

tersenarai di bawah adalah 4 lagi fakta menarik yang perlu di ketahui oleh peminat-peminat worldcup 2010.



1 - Robinho.
untuk pengetahuan semua bapa Robinho adalah peminat setia Kevin Costner so apabila di dapati isterinya ingin melahirkan anak ketika bapanya sedang syok menonton filem lakonan Kevin iaitu Robin Hood maka hanya nama itu yang terlintas di fikirannya.tetapi kenapa Robinho? bukannya Robinhood? menurut bapanya tradisi oarng Brazil sejati perlu mempunyai nama penghujungnya adalah huruf o contoh Zico.Ronaldo,Ronaldinho.








2 - Flourent Malouda
walaupun pasukan Perancis hanya bermain 3 perlawanan sahaja sepanjang worldcup kali ini tetapi pemain ini telah menerima anugerah pemain yang paling banyak sekali meludah di tengah padang.sehingga saat ini tiada satu pun negara yang memasuki pusingan suku akhir yang pemainnya dapat menandingi Malouda dari segi meludah.menurut fakta yang tidak di pastikan kesahihannya Malouda di dapati meludah sebanyak 2000 kali yang bersamaan 7.4 kali seminit.( banyak betul air ludah dia ).

3 - Frank Lampard.
kenapa Frank Lampard tidak menyinar kali ini?bukan sebab jaringannya tidak di terima ketika menentang German tetapi Mak Cik Limah pembekal utama lepat kepada Lampard telah jatuh sakit.lepat yang di buat oleh anak Mak Cik Limah tidak setanding ngan maknya.tanpa lepat yang menjadi santapan utama Lampard menyebabkan badannya menjadi lemah dan skilnya jauh menyimpang.hingga saat ini Lampard masih menanti lepat dari Mak Cik Limah.


4 - Andrea Ayew.
bagi yang tidak mengetahui pemain ini adalah di beritahu bahawa pemain ini adalah anak kepada lagenda bola sepak Ghana iaitu Abede Pele.bagaimana beliau mendapat nama Ayew?.menurut sumber yang kurang di percayai ketika bapanya iaitu Abede Pele melancong ke Malaysia beliau amat meminati filem bujang lapok lakonan P.Ramlee.tetapi beliau lagi meminati watak Ayu yang suka meminta dua pluh sen dari S.Shamsudin."Ayuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu mana aja budak ini menghilang".dialog inilah yang menyebabkan Abede Pele menghafalnya sehingga ia pulang ke Ghana.setibanya di tanah airnya didapati bininya hampir melahirkan anak dan mendapat anak lelaki yang di beri nama Ayew.kenapa Ayew?bukannya Ayu...menurut sumber lagi Abede Pele ini buta kayu dan sombong tidak mahu bertanya bahawa ejaan Ayu adalah A.Y.U dan bukannya A.Y.E.W.
sekian sahaja fakta yang sempat di bongkarkan.jika ada masa beberapa pembongkaran fakta akan di dedahkan lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan