29 Julai 2010

-memori di Kuala Kangsar part 1

walaupun aku anak jati Klang dan lebih tepat lagi Meru tetapi aku tetap tidak akan melupakan Kuala Kangsar.Kerana tempat inilah aku pernah menumpang menjadi lebih matang dan dewasa.
apa kaitan aku dengan Kuala kangsar?
untuk pengetahuan semua aku dan family aku berpindah ke daerah ini selepas bapakku bekerja di salah sebuah estet ( kuari pun ada ) di sebuah pekan kecil bernama padang rengas di dalam daerah kuala kangsar.
aku start tinggal di daerah ini pada tahun 1982 iaitu ketika berumur 11 tahun dan meninggalkanya ketika usia meningkat remaja atau lebih tepat lagi 18 tahun ( sweet 18teen ).
Selepas itu aku sesekali menjejaki kaki ke tanah itu sehingga yang terakhir pada tahun 1996.
tetapi setelah berkeluarga tiba-tiba aku teringin untuk kesana lagi...akhirnya selepas hampir 15 tahun tidak menjejaki kaki ke sana ....aku tiba juga.
memang tidak ketara perubahannya walaupun lama telah ku tinggalkan.
memori lama silih berganti di fikiran kala melewati sesuatu tempat yang pernah bertapak di hati.


gambar anak dara aku berlatar belakangkan istana sultan perak di bukit candan,kuala kangsar.


salah satu tempat yang pasti dan harus di kunjungi jika ke kuala kangsar iaitu istana kuning ini.






khabarnya istana ini sudah berusia beratus tahun dan pembinaan tidak menggunakan sebatang paku pun.





kami sekeluarga juga sempat berehat di tebibg sungai perak yang semakin menarik dan tidak usang seperti dahulu.
di sini juga di dirikan gerai untuk menjual hasil kraftangan terutama yang menjadi trade mark bandar ini iaitu labu sayung.



aku dan isteriku berlatar belakangkan keindahan sungai perak.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan