24 Julai 2010

-kasut bola anak aku.

Sabtu lepas aku amik anak aku balik training bola agak lewat kerana ada urusan yang perlu aku selesaikan dahulu.
Dari ajuh aku dah nampak anak aku sedang menjinjit sepasang kasut bola yang sebelah kirinya sudah tiada 'stud' lagi...dari raut wajahnya nampak sugul kerana inilah kasut kesayangannya.
Kesian aku lihat wajahnya itu ketika pintu kereta di buka....
"ayah...kasut Mizan dah tercabut" katanya perlahan.
"cam ne boleh cabut? habis tu tadi training cam ne"balas ku kembali.
"nasib baik dah nak habis...coach cakap rehat dahulu"
"tak pe lah....nanti ayah belikan lagi " pintasku.
Raut wajahnya nampak ceria....
Hari semakin berlalu namun janjiku masih belum aku tunaikan lagi...
Minggu ni memang aku agak menyibuk sedikit walaupun kadang kala tiada apa yang aku lakukan.Sekadar sibukkan diri bermain futsal sehingga terlajak ke jam 1 pagi.
Sebelum berangkat ke sekolah tengah hari tadi untuk seisi petang..anak ku itu menanyakan kembali janji ku tempo hari.
Alamak...dah hujung bulan cam ni...
Dah lah pendapatan untuk bulan ini agak merosot sedikit...cam na ni?
"tak pe lah...nanti balik sekolah ayah belikan"janji ku lagi
Jam 5.38pm aku bergerak keluar menaiki Modenas Kriss 110 ku yang kian usang itu.Tiada tempat lain yang aku tujui...
Dari jauh kelihatan bangunan berwarna biru terpampang jelas...
Tanpa berlengah lagi aku masuk kedalam..
Ah...mujur masih ada sisa wang yang masih boleh ku keluarkan lagi....
Aku bergerak lagi ke arah sekolah anakku yang terletak hanya 0.3 kilometer dari BSN yang baru kusinggah sebentar tadi.
"kenapa lambat? jadi tak beli kasut Mizan?esok dah nak training lagi"Belum apa-apa lagi anak ku sudah menanyakan janjiku tengah hari tadi.
"amik adik dulu lepas tu kita gi beli"
Ada raut kegembiraan dari wajahnya yang aku lihat agak kepenatan itu...
Selepas mengambil adiknya yang bersekolah di sekolah bersebelahan..kami menuju ke kedai kasut yang berhampiran.
Matanya tertumpu kepada sepasang kasut bola jenama 'Figos' yang terletak di rak..tersusun rapi.
"Mizan nak yang itu boleh?"
"amik lah...try dulu saiz nye"

Sepasang kasut bola bersaiz 3 akhirnya di bawa pulang.Sepanjang perjalanan pulang bibirnya tidak putus memberikan senyuman dan ucapan terima kasih pada aku.
Sebelum itu..kami singgah dulu untuk membeli goreng cempedak yang menggoda bau nye..walaupun rasanya tidak pasti untuk makanan petang kami nanti.

Belum lagi aku matikan suiz motor...dirinya sudah melompat turun...tidak sabar untuk menunjukan kasut barunya itu kepada bonda nya..

Sebelum tidur tadi aku lihat kasut itu di letakan di sebelah katil tidurnya.Mungkin mimpinya ketika ini sudah menendang bola di padang.
Walaupun hanya sepasang kasut bola yang murah bisa aku berikan tetapi sesungguhnya itu masih dapat membahagiakanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan