22 Julai 2010

-feeling lah pulak.

Apa mimpi aku siang tadi pun aku tak tahu...
tetiba je kerajinan aku datang.
semua kotak-kotak simpanan aku habis di geledah,
tapi aku cari apa?
alah...sahaja cari pasal sebab tak tahu nak buat apa.
satu persatu kotak-kotak lama yang terisi khazanah-khazanah usang milikku yang ku
simpan sekian lama ku buka kembali.
ada yang sudah di mamah oleh anai-anai.
kali terakhir aku lihat ...aku rasa masa aku berpindah ke sini...
lama gak aku tak buka dan periksa...patutlah mulai di makan anai-anai..
terlihat lah pulak album gambar lama aku...
belek punya belek aku terlihat gambar seseorang yang pernah suatu waktu dahulu aku gila habis...
siang dan malam asyik nak teringat je kat dia ni...
padahal aku rasa dia langsung tak ingat dan tak mahu nak ingat kat aku lansung...
maklumlah...aku masa tu dah cikeding@kurus meremping dan tak hensem langsung...
mana aku dapat gambar dia ni kalau aku tak minta?
mana aku berani nak minta....nanti di katakan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong pulak.
aku nak cakap ngan dia pun terketar-ketar lagi kan pula nak minta gambar pas tu minta jadi couple....silap-silap aku kena hempuk ngan buku...
so sebab aku gatal sangat nak kan gambar dia.....apa lagi aku kopek dari kad perpustakaan dia..
kah..kah..kah... aku main jahat.
apa nak buat..lagipun aku masa tu banyak perasaan rendah diri...
aku senyum balik tengok gambar tu....
mana dia sekarang?
aku dah tahu dah...
dia pun dah tua gak cam aku...anak dah berderet-deret...
keh..keh..keh...ceh berfeeling lah pulak.
Aku belek lagi celah-celah kotak tu...
alamak ada slip gaji pertama akulah...
kerja pertama aku pada tahun 1989 sementara menunggu result...
elok je dalam fail bersama sijil-sijil sekolah aku yang lain...
nak tahu berapa gaji nye ?
kalau aku cakap jangan gelak ye....cuma RM 11.00 tapi masa tu macam-macam boleh beli...
tengok wayang pun boleh 3 orang pergi.
belek lagi jumpa sijil berenti sekolah aku masa tingkatan 3...
kat ruangan kelakuan terdapat kesan liquid paper...
aku rasa cikgu tu memula tulis buruk tetapi berubah fikiran dengan menulis baik...
jahat ke aku masa tu?
aku rasa tak kot........................................
belek lagi aku ambil pulak slip dari ITM untuk cause AL 12...tahu tak?
sebab apa aku tak pergi?
ah...itu cerita lama yang aku kesal pun tiada berguna lagi...
walaupun ketika ini kalau aku buka facebook aku tengok 99% kawan aku sekolah kerja hebat-hebat...tetapi aku...masih lagi merempat di tempat sendiri..menjadi kuli batak.
tetapi apa aku nak kesal kan lagi...itu pilihan aku dahulu...mengalir air mata darah pun tiada guna lagi...
hidup ini harus di teruskan dengan apa yang aku ada ketika ini...
belek sana..belek sini...senyum sana..senyum sini...
arghhhhhhhhhhhhh.....aku berfeeling agak lama...
apa barang nak mengenang peristiwa yang lalu...
biarkan......................................................................................................................................................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan