28 Julai 2010

-pergi I.C.T Shah Alam.

Sabtu malam yang lepas selepas makan di Family Seafood tengok jam masih awal lagi.
Nak balik rumah pun tak ada apa yang menarik untuk di tonton di kaca t.v.
Apa nak di buat ye.....
Pikir-punya pikir akhirnya aku terima cadangan anak bujang aku yang berkata "yah..jom kita pergi I.C.T ".
Best gak cadangan tu....
Tapi malam minggu mesti jammed teruk ni.
Argh...pergi je lah...jammed ....jammed...lantak lah.

Apa lagi...start lah kete..
walaupun I.C.T ngan umah aku tak jauh...
namun ini kali pertama aku pergi....
dalam 18 minit sudah sampai...
alamak berderetlah pulak kete nak parking....cam na ni?
dah terlanjur pergi....sabar je lah....
parking masuk rm 2....boleh lah....

oleh kerana pergi tanpa persediaan...maka selekehlah anak-anak aku ini.
skrin t.v besar pun ada kat sini.....final world cup aritu memang meriah katanya kat sini....
macam-macam jenis lampu yang menyala kat sini....bentuk burung lah.
binatnag berkaki empatlah.....
berkelipan di pokok-pokok...
seperti titisan embun yang jatuh...
bentuk burung merak pun ada...yang ini memang jadi tumpuan orang.terpaksa tunggu giliran nak tangkap gambar kat sini.
anak aku yang bongso ini cukup suka ngan lampu yang berkelip-kelip..menganga-nganga mulut.

eh ! apasal anak aku yang lagi satu tu...mencelah.
memang cantik kat kawasan merak ni...patutlah ramai orang nak bergambar kat sini.
budak-budak biasalah...memang suka tengok lampu.
tetapi berhati-hati jika ke sini kerana orang terlalu ramai..jaga-jaga anak -anak tu jangan sampai ada yang hilang.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan