05 Julai 2010

-moto gp 125-wimbledon-tour de france

Dalam demam world cup yang masih hangat lagi aku rasa sukan-sukan lain di dada akhbar tidak di beri perhatian langsung,tidak terkecuali langsung pada aku.Buka paper je yang pertama aku lihat adalah mengenai world cup dahulu walaupun sebelum ini memang aku akan follow sukan yang aku minat ataupun ahli sukan yang aku suka.


1- moto gp-
sebenarnya aku terhenti mengikuti moto gp kali ini kerana accident yang menimpa Valentino Rossi yang menyebabkan beliau tidak dapat menyambung perhitungan untuk kali ini.Menurut sumber Rossi hanya akan kembali untuk musim hadapan.Sebab itu aku stop follow moto gp tapi berita yang baru di terima menyebabkan aku membuka kembali web yang memaparkan perlumbaan ini walaupun bukan motor utama ataupun kedua tetapi moto gp 125.Pelumba negara yang mewakili Air Asia Motor Racing buat pertama kalinya memungut mata pertama apabila menduduki tangga ke 15 di Cantaluya,Sepanyol semalam.
Tahniah kepada Zulfahmi dan semoga prestasi akan bertambah baik untuk baki perlumbaan akan datang.






2 - Tenis Wimbledon-
Dalam kehangatan worldcup kejohanan tenis terulung dunia iaitu Wimbledon telah melabuhkan waktunya.walaupun berita ini da kaburi oleh world cup namun kejohanan kali ini masih menggamit peminat setianya.
Pemain kesukaan aku iaitu Rafael Nadal akhirnya telah merangkul piala berprestige ini untuk kali kedua nya apabila menewaskan lawannya dari Rupablik Chec iaitu T.Berdych dengan keputusan 6-3 , 7-5 , 6-4.





3- Tour de France juga telah memulakan kayuhannya untuk musim ini dengan Proluge Rotterdem pada 3 July yang lalu.
Yang pastinya aku akan follow lumba basikal kali ini kerana adanya juara 7 kali iaitu Lance Armstrong yang akan berlumba untuk musim terakhirnya.
semoga beliau dapat menakluki musim ini dan dapat menewaskan musuhnya iaitu Landis serta Contendor.






Walau bagaimanapun tumpuan utama aku masih lagi di world cup yang telah memulakan saingan separuh akhirnya pada 6 July nanti.
kita tengok pasukan mana yang akan dapat melangkah ke akhir dari 4 pasukan iaitu Spain,Holland,Uruguay dan German apabila satu persatu pasukan utama tersingkir yang di mulai oleh France,Italy,Brazil dan yang terbaru Argentina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan