20 Julai 2010

-Futsal Top Glove 2010

Pada 17.07.2010 Top Glove group of company telah menganjurkan Futsal Tournament yang berlangsung di Roof Futsal Meru.
17 pasukan telah mendaftarkan diri dan berlangsung secara kalah mati dan bukan liga seperti tahun yang lalu.
Seperti biasa pasukan 'peberet' menjadi tumpuan iaitu dari F18,F12,F3,F19 dan team maintenance.
Seperti tahun-tahun yang lalu aku mengumpulkan team untuk bertanding.
Kali ini berbeza dari team aku yang lalu kerana kombinasi kali ini yang agak mantap dengan kehadiran 4 pemain yang berumur bawah 30 ( selalunya team aku team otai ).

Tetapi satu persatu team peberet kecundang dalam peringkat awal termasuk team dari F12 yang di belasah 5-0 oleh team 18B.Pergh dasyat tu...team 'peberet' di belasah teruk.
Yang mengejutkan sekali adalah team aku yang bergelar DARK RAVEN muncul 4 pasukan terbaik.
Kita memang berkerja keras untuk kali ini siap dengan tempahan jersy serta mengadakan perlawanan persahabatan dengan 2 pasukan lain,pertama dengan team Notion dan kemudian di ikuti dengan Rose Apartment.

Berkat kerjasama berpasukan akhirnya team kami yang tidak di sebut langsung berjaya ke peringkat separuh akhir tetapi tewas kepada F3.

DARK RAVEN dengan lambang sendiri bagi menggerunkan pasukan lawan ( psikologi penting ).

Walaupun tempat ke4 namun kami puas dan akan mencuba lagi tahun hadapan untuk mendapat tempat yang lebih baik lagi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan