24 Julai 2010

-cari nenas

Petang tadi ke rumah bapak aku sekejap,cadang nak cari barang seketul dua nenas.
Cari punya cari sebiji pun tak ada...melepas aku nak buat air nenas.
Nenas biasa banyak lah tapi aku cuma cari nenas Sarawak yang lebih besar dan manis rasanya.
Bapak aku ada cakap...sejak perumahan belakan umah bapak aku ini berpenghuni kes nenas bapak aku hilang amat tinggi.Pantang merah je sikit orang dah sambar...kalau nak tu mintalah.
Dulu time rumah tu dalam pembinaan yang buruhnya terdiri dari Mat Indon ngan Mat Bangla mereka pun minta kalau nak kan nenas...ini tak semua oarng melayu pulak tu yang tinggal kat situ......
Buat malu melayu je....bangsa lain pun tahu menghormati hak orang lain.


kalau sape yang tak tahu...inilah pokok kantan....susah oi nak tanam pokok ni....


kat ujung tu banglo pak cik sulong aku yang regenya dekat sejuta hampir siap dalam pembinaan.
Terkejut aku bila bapak aku cakap yang simpanannya mencecah setengah juta ringgit.
Padahal pak cik aku yang sorang ni duit KWSP nya kosong ( sebab tak pernah makan gaji ).
Buat contract sana sikit..sini sikit....ini yang membuatkan aku membuak-buak nak meniaga ni...
Makan gaji bukan boleh kaya raya pun....aku mesti meniaga....
Tapi aku nak meniaga apa....................................................................
tak pe nanti aku fikirkan......( berapa lama nak fikir?).




Tiada ulasan:

Catat Ulasan