kami juga tidak melepaskan peluang untuk bermandi-manda sehingga kecut apa yang ada dek kerana airnya yang sungguh dingin...maklumlah mengalir segar dari perbukitan.
samapi tak nak bangun Danish dari berendam dalam sungai...
terpaksa Bondanya memujuk kerana si Danish sudah kedinginan yang amat sangat sehingga menggigil-gigil.
bebudak kalau dapat berendam dalam sungai mana ada ingat apa....lantak korang lah...
Mizan oh Mizan...tempat cetek pun nak berenang...itu merangkak namanya.
Danish mandi kat tempat yang cetek je ye.....jangan pergi jauh-jauh.
aku pun tumpang sekaki...gian dah lama tak berendam dalam sungai.dahulu aku adalah antara remaja yang aktif berendam dalam sungai...aktiviti sungai yang paling aku minat adalah menembak ikan di sungai kongso....