09 April 2011

- Junior Football Leugue = RFA vs Qube F.C.( 09042011 )

Aku ke RRI lagi minngu ini. Cuti kerja lagi.... Hari ini cuma ada satu perlawanan yang melibatkan RFA. Kejohanan ini mendapat liputan di astro...channel berapa aku tak tahu sebab rumah aku tiada astro...ha..ha..cari sendiri.
Hari ini perlawanan bermula awal untuk RFA iaitu jam 8.30 pagi...pemain-pemain masih layu lagi.
Cardiff City antara penaja liga ini dan pemain yang berbakat akan di serapkan ke pusat latihan mereka.
laman web kejohanan ini agak terlindung tetapi anda boleh melayarinya di www.jfl.my

tetapi payah sikit nak buka...sibuk kot line.
sempat lagi pemain bermain-main walaupun manager dah panggil untuk warming up.
berbagai gaya dapat di lihat....ada yang masih mengorek daging yang melekat di celah gigi...( tak gosok gigi agaknya pagi tadi ).
walaupun masih pagi namun cahaya matahari mulai menyinar....mungkin ada sinar untuk RFA mendapat kemenangan pertama.
masih lagi mengemas kini rancangan dan strategi...untuk pengetahuan semua..RFA masih lagi belum mencapai kemenangan setakat ini.Cuma ada dua mata hasil 2 kali seri dan tewas 3 perlawanan.
perlawanan hari ini menemukan RFA vs Qube F.C.
Pagi lagi telah mendapat khabar duka iaitu datuk kepada striker utama RFA iaitu Daniel telah meninggal dunia namun beliau telah menunjukan kesungguhan untuk bermain.
dan akhirnya jaringan dari Daniel telah memberi kemenangan PERTAMA kepada RFA sebelum

beliau dikeluarkan atas permintaan bapanya kerana perlu segera bergegas pulang ke kampung.
muka manager tersenyum lebar selepas perlawanan dan semasa straching kerana akhirnya kemenangan yang di impikan telah tercapai.Pemain juga telah mensedekahkan al-fatihah kepada arwah datuk kepada Daniel.
Ada bapa pemain yang bermurah hati dengan membelanja semua pemain dengan aiskrim....tersenyum lebar penjual aiscream itu kerana untung besar hari ini.....
aku pun bermurah hati gak dengan belanja family aku dan best friend anak aku untuk makan Mc Donald.
baju yang isteri aku pakai adalah baju resmi untuk penyokong RFA.
Kalau order mesti nak yang ada mainan......




okay setakat itu untuk hari ini...esok aku akan ke RRI lagi kerana ada perasmian rasmi yang akan di lakukan oleh perdana menteri malaysia ( mestilah malaysia takkan mongolia kot )...ha..ha..ha..





morals of the story-


- perlu sabar sebelum mendapat sesuatu.

- eh sedapke mc donald tu???

1 ulasan: