21 April 2011

-21.04.1998 to 21.04.2011.

21.04.2011..
kenapa dengan tarikh ini?
besar maknanya dengan aku...
sebab?
hari ini genap tahun ke 13 aku bekerja di tempat kerja aku ini...dengan rezeki dari tempat kerja ini dengan izin Allah aku membesarkan anak-anak aku.
perit rasanya hendak mengenangkan liku-liku kehidupan aku ini....
aku ingat lagi tika itu....13 tahun yang lepas...
sudah hampir 2 bulan aku di buang kerja dari tempat lama aku kerana kegawatan ekonomi yang melanda dunia tahun 1998...
puas mundar mandir mencari...namun tiada lowongan pekerjaan..dunia seakan gelap bagiku..
apakah malang nasibku ini?ulang tahun perkhawinan ku yang pertama di kejutkan dengan pembuangan aku dari pekerjaan...namun aku menerima qada dan qadar yang yang telah di tentukan...mungkin ada di sebaliknya yang Tuhan akan berikan padaku. puas aku mencari...jawapan masih sama...sehinggalah tiba hari itu...hari yang ke 18 bulan April...
tempat terakhir yang aku tuju...
Top Glove....namun jawapan dari pak cik guard seakan memutuskan hasrat aku...
"entahlah...wak pun tak tahu...kau cubalah naik atas"
jawapan seakan mengecewakan aku sekali lagi...
namun aku tekad...aku cuba redah sahaja..
office aku tuju...ada ke tiada..janji aku mencuba.

Alhamdullilah...walaupun cuma seorang kuli batak dengan gaji permulaan RM 16 sehari ( maklumlah aku sekolah tak tinggi dan aku amat memerlukannya ) aku terima tawaran itu.

Sepanjang perjalanan pulang tidak putus-putus aku mengucapkan syukur..masih ada sinar untuk aku.

Aku memang amat memerlukannya..apatah lagi ketika itu isteri aku mengandungkan anak sulung ku...kandungan melewati usia 6 bulan..banyak perbelanjaan yang aku perlukan.

21.04.1998 aku memulakan alam baru aku...tempat yang amat asing bagiku...

apatah lagi di kelilingi oleh pekerja-pekerja warga asing dari Bangladesh.

masih kaku dan kekok kerana aku tidak pernah bekerja di sektor pembuatan sarung tangan getah sebelum ini...namun aku tekad akan meneruskannya walaupun apa rintangan yang datang.

Aku sangkakan panas hingga ke petang..rupanya hujan di tengah hari...aku di uji oleh Allah lagi .Anak sulungku meninggal beberapa saat selepas di lahirkan...aku redha dengan takdirnya..ujian ini benar-benar menguji aku........
kekecewaan memang sukar untuk aku hapuskan....aku ponteng dari kerja hampir berbelas hari...tanpa khabar ku utuskan kepada pihak majikan...namun mereka masih sudi menerima aku ketika aku menghadirkan diri setelah berbelas hari aku tidak menghadirkan diri.

dalam hati aku berbisik...mungkin ini destinasi aku.

hari berganti hari...minggu berganti minggu..bulan berganti bulan..tahun berganti tahun...aku masih setia dissini.

memang ini destinasi aku...

walaupun banyak rintangan yang ada ..namun aku hadapinya...dengan rezeki inilah aku memberikan makan dan perlindungan untuk anak dan isteriku.

oh! ya lupa....bahagian pertama aku bekerja di sini adalah chlorination deparment..dimana kami akan memproses sarung tangan getah untuk menjadi produk dari berserbuk kepada tidak berserbuk.aku merasa prosesnya dari manual hingga ke auto sehinggalah bahagian ini di tutup kerana sudah tidak di perlukan lagi perkhimatannya.

aku di pindahkan ke bahagian pembungkusan....hari-hari membungkus sarung tangan..disni aku juga tidak lama kerana aku terdengar ada kekosongan di bahgian production..aku apply dan di terima walaupun ketua bahagian aku yang lama meminta aku memikirkannya.

hinggalah sekarang..aku masih setia dengan bahagian ini...banyak perubahan yang aku hadapi dari segi proses hinggalah bahagian yang lain...dari cuma 3 kilang pada saat aku memulakan bidang ini sehinggalah kini syarikat aku bekerja telah berkembang hingga menjangkau hampir 24 buah kilang.

saat sukar yang aku lalui telah berakhir...sekarang aku menikmati rahmat dan rezeki yang Allah kurniakan kepada aku.Aku bersyukur sangat kerana dengan ujiannya aku menjadi seorang yang tabah.

memang sukar menjadi seorang yang susah....aku pernah mengalirkan airmata kerana saat aku tiada sesen pun ditangan aku terlihat seseorang membeli satu karung makanan kucing walaupun saat itu satu butir beras pun tiada dalam simpanan.

saat bagaimana hina nya bila aku meminta pertolongan kepada seseorang untuk menghantar isteriku yang sakit di balas dengan hina dan keji...saat itu memang aku berdendam dengan orang itu..walaupun oarnag itu saudara aku sendiri...

aku masih ingat lagi tika berasak-asak menaiki bas untuk kemana-mana sehinggakan anak lelaki aku pernah tersepit di pintu bas...

semua itu mematangkan aku untuk menjadi lebih tabah dan lebih bersyukur dan berterima kasih padaNya.

memang pada mulanya sukar aku menerima ujian-ujian darinya namun aku selalu terinagt kata-kata "walaupun kita susah...masih ada lagi insan yang lebih susah dari aku"

sebenarnya dengan kehidupan susah yang kita lalui ini akan menyedarkan kita dan lebih menghargai hidup yang telah di berikan dan jangan sesekali alpa dengannya.

jangan tak tahu...dengan pengalaman hidup susah aku itu juga aku mendapat rezeki yang nimat dariNya...syukur Allhamdullilah.

dengan ini aku ucapkan kepada diri sendiri "selamat ulang tahun yang ke 13 bersama Top Glove Corporation".

Walaupun aku masih lagi seorang kuli batak di kilang ini namun aku bahagia dengan pekerjaan ku ini...biarlah aku di pandang hina hanya kerana aku seorang kuli batak namun aku mencari rezeki yang halal untuk keluarga aku..............






morals of the story-


-sebagai umat islam kita kena percaya qada dan kadar.

-jangan mudah berputus asa.

-kena bersyukur atas nikmat yang dei berikan.

-kalau nak kerja bagus..lain kali belajar pandai-pandai....ha..ha..ha..ha..ha...























Tiada ulasan:

Catat Ulasan