Hari ini Rights Football Academy ( RFA ) akan memulakan perlawanan pada jam 9.30am dan akan bertemu denga pasukan KB Remaja Harimau Klang.
Perlawanan berlangsung agak sengit walaupun pemain RFA banyak yang tidak hadir kerana komitment kepada sekolah masing-masing.
Separuh masa RFA ketinggalan dengan 3 jaringan....
Mizan ( jersey no 22 ) hanya bermain pada separuh masa kedua dan berposisi sebagai defender sebelah kiri.
Keputusan akhir tidak berubah dan RFA tewas lagi kali ini dengan jaringan 3-0.
pemain sedang menerima arahan/marah sikit dari manager En Zam selepas aksi longlai yang di pamerkan.
Kelemahan dari barisan pertahanan dan juga midfields amat ketara sekali kerana penyerang utama terpaksa turun kebawah untuk membantu.
tetapi masih ada lagi perlawanan petang nanti pada jam 2.30pm.
kali ini RFA perlu bermain lebih bagus lagi kerana mengikut ranking lawan yang akan datang mempunyai taraf yang hampir sama.
Sementara menantikan perlawanan ke dua semua pemain membuat aktiviti bebas ( makan,solat,bermain sendiri.....dan tidur?????? )
tepat jam 2,30 pm perlawanan kedua berlangsung dengan pasukan Jasmine Junior FC.
kali ini posisi Mizan berubah menjadi winger kiri( posisi asal )untuk membantu serangan.
walaubagaimanapun midfield masih lagi tidak berfungsi dengan baik dan ketumpulan jentera serangan menyebabkan separuh masa pertama RFA masih lagi ketinggalan dengan 0-1.
walaupun mempunyai beberapa peluang terhidang di separuh masa kedua namun jaringan masih lagi belum di temui...
antara serangan yang di lakukan di hadapan kawasan pihak lawan...namun sasaran masih lagi jauh....
keadaan kelab kabut di hadapan gol pihak lawan namun benteng pertahanan mereka masih kental bertahan.
Serangan dari pihak lawan yang menghasilkan gol kedua.....
Namun pasukan RFA masih lagi tidak mengalah....lawan tetap lawan walaupun ketinggalan dan moral pemain agak menurun....
lontaran di kawasan pihak lawan....
perlawanan kali ini juga menyaksikan Mizan di layangkan kad kuning kerana mengkasari pihak lawan.
cubaan Ayeen untuk melarikan diri.........
peace.....anak perempuan aku ni memang minat main bola....
Ayeen masih lagi tak boleh duduk diam.....
Coach Suhaimi memberikan kata sepatah beratus dua.....
Antara pihak bapa RFA ( merangkap jurulatih tak bertauliah ).....
Mizan lead the streching.....
seisi streching sebelum bersurai. Dialog Danish to Ayeen ( ayeen makan slow lah sikit ).......
Ayeen kalau dah dapat sukar untuk di lepaskan.....
sedang berebut aiscream.....
Dalam perjalanan pulang singgah sebentar di jalan paip untuk makan cendul dan ABC dahulu kerana tekak sudah dahaga yang amat sangat.......
Ayeen dan air kotak soya......( kotak yang ke dua ).
dua pemain RFA yang gagal berfungsi dengan baik....ha..ha..ha...dua orang ni twin striker kat kampung tetapi dalam RFA posisi berlainan.
bagi aku yang hardcore cendol dan sudah menterai beberapa tempat mendapati cendol disini kurang power.....
isteri aku tersenyum kerana teringatkan adegan dalam filem geng ( upin ipin ).
Ayeen sedang membuat lawak di sebalik cermin kereta ( kena kurung kerana tidak mahu duduk diam ).....ha..ha...
morals of the story-
- tewas hari ini tidak bermakna tewas selamanya.
- hendak kuat perlu lebih lagi berlatih.
- lepas berlawan jangan makan ABC sebab tak baik untuk kesihatan pemain ( kandungan gula yg tinggi ).
- cendul baik untuk aku......ha..ha..ha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan