14 Ogos 2010

-zip seluar terbuka.

zip seluar anda pernah terbuka di khalayak ramai?
pernahkah anda menegur orang yang terbuka zip seluarnya?
aku tak pasti sindrom terlupa memasang zip ini.perlu ada kajian langsung tentang perilaku ini.
antara perkara yang paling menakutkan aku adalah sindrom ini.
sebabtu aku selalu check dan recheck zip seluar aku ini walaupun ketika itu aku menunggang motor.malu oi.......

kalau ada awek yang betulkan tak pe lah juga......siap amik kesempatan lagi.
jangan bimbang sindrom ini juga melibatkan actor terkenal Bradd Pit.So kepada yang pernah terbuka zipnya itu...awak setanding dengan nya.
Cerita pasal zip terbuka ini aku ada pengalaman lucu lah juga melibatkan kawan sekerja aku.
ceritanya cam ni.....
setiap pagi sebelum waktu bekerja bermula kami sebagai supervisor akan mengadakan perhimpunan pagi.kami akan berdiri di hadapan puluhan pekerja yang semuanya warga asing dari seberang serta dari bangladesh.
semasa perhimpunan aku yengok pekerja ramai yang berbisik-bisik dan tersenyum serta ada yang tergelak.aku sudah mula tak senang berdiri.apa sebabnya.
makin lama semaki kuat gelaknya....lepas tu aku tengok ada pekerja lelaki bangla yang menunjukan zip seluarnya sambil menarik-nariknya....terus aku check balik zip seluar aku...okay je tertutup.lepas tu aku menoleh kat kawan aku ( nama di rahsiakan )....zip nya aku tengok..aku tak tahan nak gelak...aku gelak kuat-kuat...belum sempat aku nak tegur ada seorang pekerja perempuan indon yang agak nakal sikit menjerit "bang...bang...di tutup nanti burungnya terbang...."aku apa lagi gelak sekuat-kuatnya.
tetapi yang aku respek kat kawan aku yang zip nya terbuka tu ialah dia relax je...tak de pun nampak kelam kabut atau malu.relak je tutup balik zipnya dan menyambung perhimpunan seperti tiada apa yang berlaku sebelum tu ( tetapi dalam hati tiada siapa yang tahu ).
moral dalam cerita ini : pastikan anda mengecheck zip seluar anda selalu.
masa type story ni pun aku sempat check seluar aku...takut terlupa tutup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan