19 Ogos 2010

-Ayeen demam.

Ahad demam....bawa gi klinik.Isnin masih demam...kali ni bawa gi klinik kerajaan pulak.Mungkin boleh detail lagi checking.Dapat lagi ubat demam...temperature 38c.Lepas bagi ubat turun jadi 36c.
Balik lagi....... doktor pesan kalau masih tak sembuh bawa lagi pada hari Rabu.
Rabu pagi masih lagi belum ada tanda-tanda reda....asyik meragam dam menangis.
Bawa lagi klinik......doktor cakap kena ambil darah...mana tau ada apa-apa virus.
Aku berdebar....kerana ketika umurnya hampir sebulan...dia demam juga...ambil darah...ada jangkitan pada darah.Seminggu duduk hospital dengan tiub ubat bersilih ganti dari tangan bertukar kaki.Aku pun turut bermastautin di hospital....sedih aku lihat dirinya ketika itu.
Kali ini aku berharap dan berdoa tiada apa-apa menimpanya.....
Alhamdullilah......darah baik tiada apa jangkitan atau penyakit yang mengganggu.Dapat lagi bekalan ubat demam dan selsema.
Kenapa masih belum sembuh?
Kali ini aku mencuba cara altenatif pula....berdoa pada Tuhan agar dirinya cepat sembuh.Aku mahu melihat tawanya lagi yang menhiburkan aku.
Sahur ini aku memegang dahinya...masih ada tanda-tanda panas walaupun tidak sepanas siang tadi.
Oh Tuhanku...sembuhkan lah anak ku ini.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan