25 Ogos 2010

-kerana sebiji 'singgam'

Ramadhan tahun masihi 1982 ( hijrahnya aku lupa ) aku bersama 3 orang kawan aku iaitu Zaidi ( anak arwah ustaz Omar ),Saiful Bahri ( umah dia dulu tepi mesjid Bukit Kapar ) dan Saiful berbasikal di hari Sabtu untuk ke pekan meru.
Cuaca sungguh terik ketika itu walaupun jam hanya menunjukkan jam 11.00pagi.Tujuan kami adalah untuk membeli pistol mainan untuk di gayakan di hari raya nanti ( biasalah bebudak kan ).
Sampai di pekan meru yang jauhnya hampir 5 kilometer dari umah aku wajah kepenatan semakin kelihatan di wajah kami.Namun ceria kembali apabila melihat pistol-pistol mainan bergantungan di kedai.
Dapatlah seorang sebiji pistol...siap dengan pelurunya.Perg...mesti bergaya aku nanti di pagi raya.Sebelum pulang salah seorang kawan ku itu membeli sebungkus 'singgam' ....untuk berbuka katanya.Singgam yang berwarna-warni dan berbentuk bulat itu memang menggoda sekali....argh...puasa ni...jangan lupa.
Selepas dapat apa barang yang hendak di beli...kami mula mengayuh untuk pulang...ketika itu matahari semakin tegak di kepala...membahang sekali.
Sesekali aku menoleh kearah kawan ku di belakang...semua kelihatan keletihan.
Aku mengajak mereka berehat sebentar di tepi jalan....ketika turun dari basikal...singgam yang di beli oleh kawan ku itu terkeluar dari poket seluarnya...tak semena-mena air liur ku mula menitik...aku lihat kawanku yang lain begitu juga...tidak tahan dengan godaan singgam yang berwarna-warni itu.
Semua memandang padanya...mengharapkan kawan ku itu akan mula membuka bungkusan singgam itu dan diberikan seorang satu....tapi seperti tiada harapan.....di simpan kembali singgam itu di poket seluarnya itu.Malang baginya..singgam itu tergolek keluar lagi kerana bocor poket seluarnya itu.
Aku tak pasti siapa yang mula berkata "singgam tu tak nak di simpan agaknya"...tapi yang pasti bukan aku yang mengucapkanya.
Yang empunya singgam mula menoleh kearah aku dan kawanku yang lain...masing-masing sedang menelan air liur.
Tiba-tiba plastik singgam di buka....yang empunya mula mengunyah...yang lain hanya mmandang dan mengharap....dihulurkan seorang sebiji..dan tanpa menoleh kiri-dan kanan singgam sudah berada di mulut masing-masing.
Balik ke rumah aku menyambung kembali puasa ku itu.....
Ha..ha..ha...kerana sebiji singgam aku sanggup ponteng puasa.
Ha..ha..ha..hanya sebiji itu sahaja yang terisi di mulutku sehingga berbuka.
Ha,,ha..ha..sungguh tak berbaloi aku ponteng puasa hanya kerana sebiji singgam........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan