Aku masih ingat lagi kali pertama emakku memberikan selimut ini padaku ketika aku berumur 7 tahun iaitu 31 tahun yang lalu.
Emak ku adalah seorang penjahit baju kurung yang mengambil upah dari orang kampung serta jiran tetangga.Baki kain atau lebihannya telah di cantumkan menjadi sehampar selimut dan di berikan kepada ku.


Walaupun aku tidak menggunakanya sebagai selimut namun aku akan memegangnya di kala aku tidur..jika tidak pun akan kualas sebagai bantal tidurku.Tidurku tidak lena tanpanya.
Hari berganti hari...akhirnya dapat jua aku berpisah tidur dengan selimutku itu ...itupun setelah aku mendapat 4 orang anak.
Pada permulaan perpisahan memang sukar...kerana sudah berpuluh tahun aku tidur di temaninya.(walaupun aku dah berkhawin..kalau selimut itu koyak ..aku masih menyuruh emakku merepairnya ).
Sehingga kini selimut itu masih ada...aku tak sanggup untuk membuanganya.Kerana ia seperti sebahagian dariku.
Masih cantik dan anggun di pandangan ku ini walaupun fungsinya kini sebagai selimut kereta ku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan