20 Ogos 2010

-apa beza Tugu Negara dengan Naval War Memorial?

Tugu Negara adalah sebuah tugu yang di bina bagi mengingati pejuang-pejuang yang terbunuh di dalam peperangan.Tugu ini terletak di pusat bandar Kuala Lumpur.
The Naval War Memorial juga adalah sebuah tugu yang di bina untuk menghargai jasa semua askar yang terkorban di dalam peperangan.Memorial ini terletak di Plymouth Hole yang terletak di Bandar Plymouth,United Kingdom.
Apa perbezaannya?
Sila lihat nama-nama yang terukir sebagai pejuang di Tugu Negara,ada anda lihat nama-nama yang kemelayuan?Adakah tiada askar melayu yang berjuang di dalam mempertahankan negara?adakah semua orang melayu ketika itu bersembunyi...takut?Atau hanya tentera Brittish yang berjuang dalam mempertahankan Tanah Melayu dari serangan atau tawanan Jepun?
Semua itu adalah propaganda Brittish semata-mata...oleh kerana tugu ini di bina oleh mereka maka hanya nama-nama tentera Brittish yang terukir di sini.

Cuba anda lihat pula Naval War Memorial ini pula.Satu statue yang tiada langsung berbentuk seperti berhala.Adakah warga Brittish lebih sensitif dengan membina tugu yang tidak menyerupai berhala?.

Lihat pula nama-nama yang tercatat....bangga kerana nama-nama tentera Melayu yang turut terkorban turut tercatat di sini sebagai tanda mengingati jasa perjuangan mereka.

Kebanyakkan tentera dari Tanah Melayu ini adalah tentera laut yang berjuang bersama-sama tentera Brittish yang lain.
Sempena bulan kemerdekaan tahun ini kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua tentera Tanah Melayu yang terkorban ketika berjuang untuk mempertahankan tanahair yang tercinta ini.Al -Fatihah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan