20 Disember 2010

-aku yang rock?

petang tadi entah macam mana tengah boring-boring aku belek deretan vcd aku.
terpandang filem 'rock' arahan mamat khalid.
aku kalau filem atau drama dia mesti tak miss punya.
sebab filem dia jujur dan ada banyak mesej di sebaliknya.
pernah tengok semua drama dia?filem dia?


cerita pasal filem 'rock' teringat aku masa zaman rock kapak dulu.
walaupun rambut tak leh panjang sebab masih sekolah lagi namun hati tetap rock.
masa zaman GQ melanda semua kawan aku bertukar fesyen...merepeklah fesyen tu...seluar warna jinggalah...orenlah..dah lah besar...gedebeh je.
aku tetap dengan rock aku itu.

bagi rock kapak yang bebudak cam aku tu..kira oraitlah pesyen cam ni.
seluar warna merah jenama 'bobton'.
t'shirt dalam mesti ada gambar matahari terbit...konon-konon loundness lah tu.

seluar lagi ketat lagi bagus walaupun seksa masa nak pakai dan buka.kena guna pelincir baru leh masuk.pelincir?minyak ke?tak lah...kita guna plastik.ha..ha..ha..trylah.
kasut wajib masa tu adalah high cut jenama aliph.aku dulu ada poster besar kumpulan lefhanded pakai kasut ni.
tapi masa Ella muncul aku terikut style dia...pakai kasut LA Gear.

yang kat gelang tangan tu eksosori yang wajib ada.buat sendiri tu.....amik pvc kat kerusi bas lepas tu cucuk dengan paku tekan.lagi yan wajib adalah buckle( kepala tali pinggang )...lagi besar lagi rock.tapi kalau besar sangat itu berock.
time sekolah tak leh rambut panjang...so aku kekal imej bersih.
selalu tiru fesyen rambut Hatta dari kumpulan Junction walaupun jauh sekali nak sama...ha..ha..ha..
masa kerja ada gak try bela rambut panjang..tapi tak tahan sebab rimas..terutama ketika rambut mencuit-cuit cecuping telinga.
aku kira beruntung kerana pada zaman rock kapak berleluasa aku tinggal di kuala kangsar kerana selalu dapat tengok konsert di fun fair.begitu juga di taiping yang selalu konsert rock di adakan di dewan majlis perbandaran taiping.
cakap konsert sapa yang aku tak pernah tengok?MAY...SYJ@SOFEA..ARIWATAN..TEJA..dll.
masa gersang buat konsert masa di taiping pada tahun 1985 pun aku ada.( masa ni ada peristiwa gelap yang melanda kumpulan ini di mana suara man bai jauh terpesong dan mengakibatkan penonton marah dan mula membaling objeck ke pentas ).
last aku tengok konsert adalah di padang pandamaran klang iaitu konsert wings dan ella ( penggambaran filem pemburu bayang kalau tak silap aku ).
zaman rock kapak telah berlalu...namun muziknya masih mekar sehingga kini.
hidup rock kapak.
morals of the story-
-rock..rock juga tapi agama jangan lupa.
-ada lagi ke morals?




1 ulasan:

  1. Haha! Terhibor dengan sketch-sketch ni... Rock Teros, bro...! (aku pon ada kasot Aliph dulu! Haha!)

    BalasPadam