tak ada apa yang menarik perhatian aku.
akhirnya tangan aku mula melakar dan merepek.
kertas pembentangan quality kualiti menjadi mangsa.
aku dari dulu memang minat melukis walaupun aku tak pandai melukis.
kalau dahulu aku setiap hari minggu suka pergi central market cuma untuk melihat orang melukis....berejam-rejam aku tunggu pun sanggup.
tetapi sampai sekarang pun aku masih akui....aku tiada bakat untuk melukis.
tapi okay gak lah untuk menghiburkan diri sendiri.
kalau korang tengok majalah ujang akan terjumpa kartunis SAGU....itu kawan aku...tiap-tiap petang ( dululah...tahun 1990 ) main bola kat depan rumah mak cik bedah.
lagi satu TEMBAKAU yang terkenal dengan Kartininya....dia dulu satu kelas dengan aku dan suka lepak kat rumah aku sambil melukis.
aku pernah songlap satu lukisan dia yang bertajuk "Fiona".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan