19 Disember 2010

-jangan makan biji buah-buahan.

aku dulu masa kecik cukup takut kalau tertelan biji buah-buahan yang aku makan.
nak tahu sebab apa.
kata pak cik dan abang-abang aku.
"ha...telanlah biji tu...tumbuh pokok kat lubang telinga dan hidung nanti"
aku tak dapat tidur lena kalau tertelan biji tu....
tak dapat aku bayangkan kalau biji-biji tu tumbuh dan keluara dari lubang yang ada kat aku ni.

tadi balik dari TESCO kami makan buah delima yang baru di beli.
aku cuba menakutkan anak-anak aku seperti aku kena dulu.
nak tahu apa jawapan anak aku yang berumur 6 tahun?
"apalah ayah ni....mana boleh tumbuh...nanti kita berak dia keluar;ah"
kenapa aku dulu boleh percaya?
tak bijak kah aku masa tu?
morals of the story-
-jangan mudah percaya cakap orang.....pikir dulu logik.
-kalau ko kena tipu...jangan pulak ko nak tipu anak ko pulak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan