11 Januari 2011

-gembira di malam tahun baru....

Memula aku ingin minta maaf kepada semua yang follow blog aku sebab dah lama tak updated.bukan tiada cerita yang ingin di war-warkan,tetapi hati sedang gembira.itu yang lupa segalanya.
kenapa aku happy sangat?
mana tak happy...maklumlah dapat....
tak suspenlah kalau kau cakap sekarang...
tak pelah aku story dari mula....sabar ye....


begini ceritanya....
pada pagi yang hening( tak berapa heningpun sebab dah dekat jam 11 pagi pun ) ketika aku bersenang-senang di ruang tamu sambil melayan anak kesayangan tiba-tiba aku di kejutkan dengan deringan telefon ku....trut...trut...trut...
satu panggilan dari pihak PROTON yang menyatakan bahawa nama aku dalam senarai akhir untuk merebut grand prize peraduan what's move you by proton.
selang dua hari aku terima panggilan lagi yang menyatakan memang confirm aku yang terpilih untuk mendapat hadiah utama.


memula memang aku tak percaya kerana pada pusingan bulanan aku cuma mendapat tempat kedua.dapatlah hadiah jaket proton sempena ulang tahun yang ke 25.
tetapi menurut pihak proton 3 pemenang bulanan akan di adili semula oleh pihak proton.
akhirnya karya aku telah terpilih di antara 12 pemenang bulanan dan M.D proton sendiri yang memilih karya aku sebagai pemenangnya.
hadiah memang lumayan iaitu sebuah apple mac book pro 17 inci serta i-phone 4 ( memang aku idamkan sangat..nak beli memang tak mampu ).

aku dikehendaki hadir pada hari penyampaian hadiah pada 31-12-2010 yang akan diadakan sempena penutup ulang tahun ke 25 proton dan juga sambutan tahun baru.
aku juga di arahkan untuk membawa semua ahli keluarga kau....ada makan juga katanya...he..he..he..itu yang aku suka sangat tu.
Jam 8.00pm aku telah tiba di proton excellent centre yang terletak di kesas highway.
aku telah dibawa oleh kakitangan proton bahagian marketing yang amat peramah iaitu cik Yasmeen ke bahagian tingkat atas sebelum acara penyampaian hadiah di adakan.

kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk bergambar-gambaran di deretan kereta spot lotus yang ada di kawasan ini.

macam-macam jenis lotus ada...tak tersebut namanya( sebenarnya tak tahu nak sebut ).

anak-anak aku pun apa lagi memang suka sangat tengok kereta spot terutama lotus evora...pergh...kalaulah dapat.

klik sana...klik sini..klik sana..dan klik sini juga.
bersama lotus elise yang berarna pink.....puh...
ini peberet aku iaitu evora...memang cantik.

gambar kami sefamily di ambil oleh cik yasmeen yang peramah itu dan tidak jemu memberi layanan yang terbaik untuk kami.




setelah puas klik sana klik sini...tibalah saat yang di tunggu-tunggu iaitu....MAKAN.
pergh...ada nasi briyani..kari...ayam..sate...roti jala...mushmelow bersalut coklat....kenyang.
cicah strawberry ngan coklat.

lepas tu makan buah-buah sebagai pencuci mulut...eh anak aku yang kecik tu mana?
sibuk di layan oleh untie-untie kat proton ni...

lepas makan kami di bawa ke pentas v.i.p untuk menyaksikan acara yang di adakan di pentas hadapan.juruacara malam tu adalah Ally Iskandar dan Farah Fauzana.

terdapat juga jemputan khas kepada anak-anak yatim serta golongan o.k.u.

sementara tu layan awie dulu....masih berbisa seperti dulu.last aku tengok live dia ni masa di pandamaran tak ingat pada tahun bila tapi mungkin awal 90an.
masih lagi awie menyanyi...lepas tu ada jaclyn victor...amy mastura...
jam sudah menunjukan jam 10 malam...di pentas hadapan acara pemberian bantuan kepada anak-anak yatim serta golongan o.k.u...kami di minta bersedia kerana selepas ini giliran kami pula.
"dan sekarang di minta pemenang hadiah utama naik kepentas iaitu encik mazlan bin mahmud dar meru,klang"lebih kuranglah ucapan dari juruacara.
dengan langkah yang bergaya kami menuju kepentas untuk menerima hadiah dari M.D proton iaitu Datuk Syed Zainal.
dapatlah sebuah laptop dan i-phone...syukur kepada Tuhan yang memberi rezeki.
jurugambar tak henti-henti mengambil gambar kami....sehingga aku terlupa..aku juga membawa camera...tetapi siapa yang nak aku suruh?
selesai sudah penyampaian hadiah...bersiap sedia untuk turun semula tetiba Ally Iskandar berkata "tunggu dulu encik mazlan kerana kita ada kejutan untuk anda"
alamak! apa plakni..kena menyanyi ke?aku berdebar seketika....masih bergetar menunggu..isteri aku tersenyum di sebelah.
"kita masih menunggu kejutan itu"sambung ally lagi.
tetiba di kiri aku terlihat kelibat proton exora sedang bergerak....bergettak di hati"takkan itu kejutan tuk aku?....ah!tak mungkinlah..takkan dia orang nak bagi hadiah mahal cam tu"aku berbisik sendiri.
tiba-tiba aku terpandang seorang gadis memegang replika kunci.
tetapi biasanya cam ni memang kot dapat kereta...hatiku semakin bergetar....
"dengan ini pihak proton telah menghadiahkan exora"
aku tak dapat bayangkan saat itu....yang aku mampu hanya mengucapkan syukur kepada Allah...aku hilang kata-kata.
saat itu flash camera tidak henti-henti menyerang aku...aku masih terpaku tidak percaya sehinggalah aku di minta turun ke bawah untuk duduk dalam exora tersebut...aku masih tidak percaya...mimpi pun ada...tolong jangan ganggu mimpi indah ku ini.
turun dari pentas..aku masih tidak percaya yang exora itu kini milik aku...betul-betul seperti mimpi.
kami di bawa ke pejabat marketing kerana ada sidang akhbar...
ada bernama..tv3..rtm..astro awani ( dah cam artis realiti plak ).
aku di tanya perasaan aku dan bermacam-macam soalan lagi...betul-betul macam artis yang baru menang anugerah...peluh jantan jangan kiralah..tip..tip..menitik.
fuh...pipi aku cubit..aku tidak bermimpi kerana terasa sakit.
selepas sidang akhbar habis acara bebas untuk aku...kami merayau melihat pameran kereta yang ada.
tidak henti-henti orang mengucapkan tahniah kepada kami.
kebanyakan kereta yang ada di kawasan pameran ini adalah kereta konsep dan yang menjadi tumpuan adalah pendekar 5 bersaudara.memang cantik-cantik kereta konsep ni..

ini kereta macam batman punya...

betul-betul macam batman punya...tetapi model tu tak macam batman.

ayeen tak banyak karenah walaupun malam semakin larut dan waktu untuk tidur..
Jam semakin menghampiri 12malam....kiraan mengundur sedang bergema di skrin gergasi....10...9...8...7...6...5....4....3....2....1...dan........

meletup sana....
meletup sini.....
bersinar sana......
bersinar sini........
dentuman terakhir membawa kepada pergerakkan kami ke arah kereta untuk pulang.
tepat jam 12.30am kereta kami menyusur keluar dari kesas highway menuju federal highway arah ke klang.
jalan sesak dan bergerak umpama siput...
di dalam kereta aku masih tidak percaya yang aku telah menerima exora...
beberapa kali aku menyuruh isteriku untuk mencubit pipi aku....aku berharap ini semua bukan
satu mimpi.
jam 2.00am akhirnya tiba di rumah...anak-anak semua tertidur di dalam kereta...
pagi 01.01.2011 aku bersiap untu ke tempat kerja...walaupun exora dalam tangan...namun kerja tetap kerja..o.t tu...public.
sampai di tempat kerja perasaan mengatuk telah menghampiri..namun ku gagahi jua.
depan p.c buka internet...baca paper dulu...lagi pun tengok-tengok....kot-kot peristiwa malam tadi masuk paper...he..he..he...
memang pun masuk berita harian....clerk aku menjeling di sebelah...dia terkejut...dia ingatkan aku cuma menang laptop dan i-phone je...tetapi exora juga...suasana dalam office semakin bingit dengan cerita aku menang exora.tetapi kengkawan yang di luar office masih tidak tahu...aku buat dek je...hinggalah waktu rehat jam 9.00am.
beramai-ramai ke datuk bandar untuk menikmati sarapan pagi...di antara kami hanya seorang je yang tahu aku menang kereta ....yang lain senyap....ha..ha..ha..ha..akhirnya kantoi gak kerana kawan aku dari kilang lain telah bersarapan di situ menegurku kerana cerita aku menng kereta telah di siarkan di tv 3 pada pagi tersebut...
kesannya......satu table aku kena bayar...ha..ha..ha..rezeki harus di kongsi bersama...begitu juga dengan kegembiraan.
bukan berita harian sahaja menyiarakan berita gembira ini tetapi kosmo dan juga sinar.



aku bersyukur sangat kepada Allah kerana rezeki ini.....rezeki tahun baru untuk anak-anak aku...sama seperti karya aku yang menang itu "demi anak ku ".
morals of the story-
-rezeki itu daripada Allah...bersyukurlah.
-peraduan itu betul.......
-nak kereta..masuk peraduan jangan masuk kad gores dan menang....is.

































Tiada ulasan:

Catat Ulasan