walaupun tidak kesemuanya namun sebahagian telah di temui walaupun di alam nyata masih belum bersua rupa,mungkin pernah berselisih bahu di mana-mana....

peperiksaan berlangsung aku mendapat keputusan yang agak baik dan melompat ke kelas pertama iaitu 2 merah.
namun apa kan daya persaingan amat kuat di dalam kelas ini dan aku mendapat tempat ke dua terakhir di dalam peperiksaan akhir tahun dan seterusnya aku di jatuhkan ke kelas 3 kuning ( hampeh tul...).
habis darjah 4 aku berpindah sekolah di negeri perak..........
selepas itu memang aku tidak pernah berjumpa sesiapa pun budak2 SKBK tu kecuali ada 2 - 3 orang yang aku temui di alam pekerjaan dan akhirnya pada bulan ini .kerana FB kawan yang 30 tahun dahulu bertemu kembali.
moral of the story-
- jangan suka-suka pindah sekolah.( dah bapak aku pindah...aku follow lah ).
- sebelum pergi tulislah alamat kengakawan tu.
- sapa cakap FB tu membazir waktu?tengok faedahnya.
- tidak perlu lagi cerita 'jejak kasih ' untuk mencari kawan atau sedara yang lama terpisah....cari je di FB atau lebai google...he..he..he..