20 Jun 2010

-melaka > straits meridian hotel

bertolak keluar dari taman rama-rama lebih kurang jam 1.20pm ( lepas bagi baby aku makan ) dan terus menuju ke arah hotel penginapan kami yang telah di tempah lebih awal tempohari.
pusing punya pusing dan hampir setengah jam kemudian baru kami tiba ke tempat yang di tuju iaitu Straits Meridian Hotel yang terletak di Taman Malinja, Bukit Baru.
hotel yang bertaraf berapa bintang ye?lupa lak pulak nak tanya.tapi kemudahan memang lengkap dengan sofa untuk berehat,satu set tv yang ada astro channel ( walaupun tak semua channel ada ),ada wifi ( tapi aku tak bawa laptop ),kabinet,ruang makan ( meja sekali ) ,katil yang empok dan semestinya swimming pool ( dewasa dan kanak-kanak punya ).
ruang tamu siap dengan kemudahan air cond yang mendinginkan sekali.....puh sejuknya.....
memang sesuai untuk lepak kat hall bilik aku ni sebab agak luas dan bolehlah anak-anak aku berlari dan melompat.tetapi sebelum tu aku suruh anak bujang aku dulu baca syarat-syarat penginapan agar tiada benda yang rosak atau hilang kerana denda untuk tombol pintu yang rosak sahaja memakan rm 100.
kolam renang yang disediakan pun okay gak siap dengan untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.anak-anak aku apa lagi....berendam,berenang sampai tak mahu naik lagi...sampai kecut segala yang ada.
ketika ingin mandi di bilik air aku telah tersentuh sedikit tap air kat bilik air lalu patah.aku check balik buku dan dendanya adalah rm 100...leh lari budjet ni.so lepas mandi aku report kat bawah perihal hal tersebut dan mereka menerima alasan baik dari aku maka aku meminta untuk menukar bilik.
selepas bersiap kami pun turun dan memulakan perjalanan menuju bandar Melaka tanpa mengetahui jalan di daerah ini....agak-agak apa yang terjadi?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan