selepas mandi dan berenang kat swimming pool kami pun bersiap untuk makan tengahari.singgah kat lobby hotel dan minta receptionist to arrangekan transport untuk kami.bestnya hotel penginapan kami ini ialah adanya perkhimatan untuk membawa ke mana sahaja yang kami mahu di melaka....
van hanya akan ada dalam jam 2 so sementara menatinkan saat itu kami pun berehat-rehat di lobby hotel.
lebih kurang jam 2.20pm van pun tiba dan terus kami menuju ke bandar bersejarah.tempat pertama yang kami kunjungi adalah di kawasan sekitar A'Farmosa.
banyak bangunan yang bersejarah di sekitar ini yang sesuai untuk bergambar.
ini di hadapan pintu masuk replika istana kesultanan melayu melaka yang tumbang di tangan portugis pada 1511 dahulu.
kalau pergi melaka tempat yang wajib di lawati adalah tugu a'farmosa yang di dirikan oleh portugis setelah menawan melaka pada 1511 dahulu.tembok ini di bina untuk menghalang serangan kembali dari pihak melaka ataupun kerajaan acheh di sumatera.
walaupun sebahagian besar tembok ini telah di pecahkan oleh pihak belanda selepas mereka menumpaskan portugis namun pintu hadapanya masih tersergam indah.alangkah indahnya jika ia masih utuh seperti dahulu.
penat berjalan kat sini..perut pun mula berkeroncong dan anak aku mula bising menjerit 'nak mc donald...nak mc donald...so kami pun pergilah ke mc donald yang terletak di dataran pahlawan untuk mengisi perut dengan burger....( kenyang ke?).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan