21 Jun 2010

-melaka > kembali ke hotel.

sampai di hotel penginapan aku telah di berikan kunci bernombor 315 bermakna aku dapat tukar bilik kerana report aku siang tadi berkenaan kepala paip yang patah di bilik air.( sebelum ini bilik aku bernombor 322 ).
masuk bilik dan terus on tv ( sebab nak tengok mentor ) dan rancangan mentor pun sudah suku bermula.
penat sesat belum hilang aku mula memindahkan barang-barang dari bilik lama ke bilik yang baru.

bangun pagi aku terus memandang luar dan di hadapan ku adalah pemandangan yang indah...eh! bukan kah itu jaya jusco yang aku pergi semalam?
punyalah dekat dari hotel aku ini cam mana boleh sesat?.
bilik aku sebelum ini menghadap flet dan kolam renang tapi dari sini nampak jalan dan bangunan-bangunan di sekitar bandar melaka.

dari atas ini ( tingkat tiga ) memang nampak cantik pemandangannya.boleh buat untuk background gambar.
sebahagian pemandangan jalan raya yang sibuk...maklumlah tengah SUKMA.

bangunan yang berwarna kuning itu adalah jaya jusco.( yang aku sesat nak cari jalan pulang semalam ).
bangunan sekitar bandar melaka juga kelihatan dari sini.
selepas sahaja mandi aku pun bergegas ke ruang makan di tingkat bawah untuk sarapan pagi.aku hanya ambil sedikit bihun,sausage dan has brown dan air teh sahaja.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan