pusing-pusing dan selepas beberapa kali pusing tempat yang aku nak tuju ( dataran pahlawan ) masih tidak ketemu.
apa yang aku jumpa?
hanya pusat membeli belah jaya jusco...alamak setakat jj kat klang pun ada 2.tetapi sebab ini je yang aku jumpa maka singgahlah sebentar.

anak-anak aku pun mengambil kesempatan untuk bergambar sekeping dua.


setelah penat berjalan dan dapatlah sedikit barangan yang di beli kamipun mula lah bergerak keluar.
melaka?ini 1st time aku drive sendiri,biasanya ikut rombongan je.
tahu ke jalan balik?emm...emmm..emmm
pusing punya pusing dan pusing lagi dan dah bertanya sebanyak 4 kali kat orang akhirnya kami berjumpa juga dengan penginapan kami.berapa jam kami sesat?bertolak dari jaya jusco jam 7.20pm dan sampai kat hotel bila mentor 4 sudah bersiaran.agak-agak berapa jam?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan