28 April 2010

-budak 15 tahun mati di tembak ( al-fatihah ).

berita yang menjadi tajuk utama beberapa hari ini telah menenggelamkan Hulu Selangor.imej 'licence to kill' menjadi isu semula.imej pihak polis yang selama ini memang telah tercemar menjadi lebih keruh lagi.melihat temubual dengan emak aruah menyebabkan aku menjadi sebak.mana mungkin budak 15 tahun boleh mengganas sehingga harus di tembak?mengikut laporan beliau di tembak dari arah belakang.siasatan menyeluruh harus dilakukan dan harus telus.rakyat harus tahu cerita sebenar dan fakta yang tepat kerana mengharap penulis blog mengulas mungkin akan menyebabkan ada berita yang tidak menyenangkan akan keluar kerana tidak semua penulis blog itu jujur...ada yang ingin menjadi hero atau mempolitikannya.
mari pembaca blog semua..kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada adik ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan