25 Mac 2011

- aku nak jadi pelukis.

Ha ha ha ha ha dulu bukan setakat nak jadi pelawak je tetapi aku pernah gak nak jadi pelukis.
Dari kecik aku memang suka menconteng....jumpa je buku conteng..jumpa je buku conteng..conteng je mesti kat buku.
Tetapi tak lah pandai sangat aku melukis setakat lukis orang kartun arait gak..

Time aku sekolah rendah dulu ada seorang kawan namanya Faizal....dalam darjah 5 masa tu.
aku suka kawan ngan dia sebab dia pandai lukis...hari-hari aku suruh dia lukis.atak kartun yang top masa tu aku suruh lukis adalah kapten future dan aku plak lukis kapal buck rogers...ha..ha..ha

time sekolah menengah tak de member yang sekelas yang pandai lukis ..so aku sorang-sorang je...tak dapat bertukar pendapat.Oh ya..time aku darjah 6 dulu aku pernah menang pertandingan melukis kat sekolah...dapatlah pensil warna.

Tetapi ada budak junior aku nama 'memey' dia pandai lukis.
Tetapi kurang menarik perhatian kerana dia suka lukis alam pendekar.Tetapi budak ni sekarang popular kat majalah dengan nick name "sagu".

Tetapi paling best masa aku form six...ada budak baru..dari sekolah agama bota.dia ni amat terer melukis.ko bagi je apa...gerenti dia lukis punya.
time cuti sekolah dia mesti lepak rumah aku untuk melukis.
jangan tak tahu..aku pernah songlap satu lukisan dia...ha..ha..ha..lepas tu sign dia aku tukar ngan akunye...ha..ha..ha
Dia ni sekarang popular dengan nama 'tembakau' dan popular dengan 'kartininya'.

Jangan tak tahu pulak time aku lower six aku pernah apply i.t.m ambik ad10 ( art n design )
temuduga kat manjung tetapi tak lepas...ha..ha..ha...maknanya tak cukup tererlah tu...

Dah bujang pulak...langkah semakin jauh..tempat port baru aku setiap hari minggu adalah central market.
kat sini ada dua pelukis yang aku suka tengok iaitu Pak Aris dan kak suria..
aku tak pernah bosan melihat mereka melukis..tiap-tiap minggu aku kan turun kat sana.


Walaupun pengalaman dengan orang melukis banyak namun aku masih tak juga terer...ha..ha..ha..itu tandanya aku tak de bakat.

Aku pernah berkata pada diri sendiri..aku kalau menjadi pelukis..aku akan melukis tangan sebagai objek......kerana bagi aku tangan dan jari ini sungguh unik.

So sebab dah lama aku tak melukis...aku gagahi juga tangan aku yang dah berkarat ini untuk menghayun pensil 2B.
Dan hasilnya........................................



Bagi amatur cam aku ni kira okaylah...ha..ha..ha...
moral of the story-
- nak terer kena ada bakat.
- nak terer kena belajar.
- nak terer kena berussaha.
- nak terer jangan hot-hot chicken shit....
aku yang last tu...ha..ha..ha..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan